sejahtera ke atas kamu .

seperti biasa . aku tak tahu nak mulakan intro . aku cuma nak bercakap mengenai kredit . bukan kredit top up . tapi kredit penghargaan . sebab sejak kebelakangan ni aku rasa kurang diberi penghargaan yang sepatutnya . atau aku yang mengharapkan kredit yang lebih dari yang sepatutnya ?

ceritanya bermula dalam 2 bulan yang lepas . seorang kenalan aku am ( bukan nama sebenar ) yang juga regular customer kat tempat kerja aku minta tolong aku untuk edit sijil . dia kata sijil sijil dia semua tertinggal atas kapal masa dia kerja atas kapal dulu . so dia ambil sijil kawan dia suruh aku edit kepada nama dia . aku pun tolong la . mula mula aku tak mengharapkan apa apa pulangan pun . kalau biasanya aku tolong orang hal hal computer ni pun aku minta puluhan ringgit je . serious kerja mengedit nama dia tu sangat kacang jadi aku tak minta apa apa . tapi dia sendiri offer nak bayar aku rm200 dan biasa la aku ni kerja gaji rm800 je pun . aku pun senyum je la sebab taknak tolak rezeki . tapi dia kata kena tunggu dia start kerja . dia juga cakap nak tolong aku cari kerja lain yang gaji masyuk sikit . time tu aku rasa sangat dihargai . selalu dia datang bawak buah , air and macam macam la . aku rasa bersyukur sebab walaupun dia tak dapat kerja tu lagi ( sampai sekarang . sebab projek belum masuk katanya . ) aku rasa dia tak payah bagi aku rm200 tu pun takpa . sebab aku rasa dia betul betul menghargai pertolongan aku walaupun sebenarnya hal kecik je .

kemudian 2 minggu lepas aku dipanggil interview sebagai kerani qc dengan bantuan boyfriend aku . tapi malangnya aku direject sebab telinga kanan aku ni bermasalah . si am ni dapat tahu aku senang je dapat pergi interview kat situ . dia pun minta tolong aku pas resume bakal adik ipar dia kat company tu . aku pun tolong la lagi . actually am ni dah pernah kerja kat company ni . so hari yang sepatutnya ( pagi tadi ) bakal adik ipar dia tu kena la datang interview and dia temankan . aleh aleh superintendent yang ambil orang orang yang nak interview tu kawan baik dia ( kata dia la ) . superintendent tu cakap confirm bakal adik ipar dia tu dapat kerja. jadi si am ni pun tinggalkan la bakal adik ipar dia tu sorang sorang pergi interviewdan terus ke tempat kerja aku .

bila aku masuk shift je am cakap kat aku " superintendent tu kawan baik aku . dia kata confirm dia bagi adik ipar aku lepas . " dengan bangganya . aku tak tahu kenapa aku kurang senang dengan statement dia tu . aku cuma balas " bukan dia yang interview pun . dia tukang ambik orang masuk gate je . " . macam macam muncul kat kepala aku ni . macam macam rasa kat hati aku ni . okay . aku cuba listkan ya :

- kalau superintendent tu KAWAN BAIK dia kenapa dia tak contact sendiri untuk masukkan bakal adik ipar dia . takkan KAWAN BAIK tak tahu nombor and pangkat KAWAN BAIK sendiri . = tak kisah apa jawapan dia aku rasa macam sia sia je aku tolong dia .

- walaupun superintendent tu kawan baik dia . tapi boyfriend aku yang paskan resume adik ipar dia tu kat superintendent tu . tak pandai berterima kasih ke ?

- mungkin aku cemburu sebab superintendent tu cakap macam tu . sebab aku kena reject . tapi bukan superintendent tu yang tukang interview . manager yang akan interview .

lepas fikir fikir balik . aku cuma nak si am ni datang dekat aku dengan perlahan . buat muka serious and cakap ' terima kasih ' walaupun yang akan angkat bakal adik ipar dia tu orang lain . tapi aku la orang punca resume adik dia masuk dalam company tu . adakah permintaan aku ni melampau . nak kredit atas usaha yang sikit ?

aku cuba berfikiran positif untuk tidak menyimpan rasa sakit hati yang mendalam . tapi macamanapun otak aku ni gagal menghalang hati aku ni untuk rasa sakit .

aku rasa ending aku kali ni tak cukup bagus sebab aku tak dapat nak rumuskan apa apa . mungkin lebih kepada meluahkan rasa kat blog aku sendiri daripada menyatakan rasa sakit hati aku dengan bermuka masam sepanjang hari .

macamana pun aku nak menyeru kepada semua supaya berterima kasih kepada semua yang membantu kita walaupun dengan pertolongan yang kecil . sebab bantuan yang kecil boleh membawa kepada pulangan yang besar .

thanks for reading .
salam semua . sebelum apa apa saya ingin memohon maaf kalau entry ni bakal mengguris perasaan pembaca . And sebagai peringatan : entry ni mungkin agak panjang dan menguji kesabaran pembaca .

seperti yang semua sedia maklum . hari ni berlaku banyak perbalahan , pergaduhan , carutan , caci makian di fb malahan blog berkenaan mcd . Dan sekarang saya terpanggil untuk meluahklan perasaan marah + sedih + kecewa saya .

saya tahu ramai kenalan saya sedia maklum yang saya ni peminat tegar double cheese burger keluaran mcd . setiap bulan akan ada status @mcd di fb saya . And terus terang pada awalnya saya sedih sebab ramai yang menyeru untuk memboikot mcd .

pada asalnya saya memang bercadang nak bangun awal beratur untuk dapatkan egg mcmuffin saya tu . tapi disebabkan banyak tersinggung di fb menyebabkan saya hilang selera terus nak makan kat mcd .

saya bermonolog sepanjang hari mencari sebab kenapa saya tak boleh makan egg mcmuffin tu . serious saya berperang dengan diri sendiri sampai hilang terus selera nak makan egg mcmuffin tu .

walaupun saya dah taknak egg mcmuffin tu . saya masih rasa tak senang hati bila online . saya cepat terguris dengan status and comments mereka mereka . sanggup memaki hamun , mencarut carut kepada saudara sendiri . saya sangat faham ini pendekatan untuk menyedarkan and menyeru untuk memboikot israel . tapi kenapa peperangan di negara sendiri perlu diwujudkan untuk mematikan peperangan di negara orang ? ya . orang akan kata " apalah sangat berperang mulut dengan kekejaman israel tu . " . ( amaran : ayat seterusnya agak kasar ) . israel tu kapio ! dia berperang dengan berlainan agama . kita ni sesama islam nak berperang caci makian kenapa ? tak malu ke ? sedar tak lidah ni merupakan senjata perpecahan kaum dan agama kita ? sepatutnya kita menggunakan senjata islam ( lidah untuk berdoa ) bukan dengan tak sedar dirinya menggunakan lidah untuk bergaduh .

lepas rasa kecewa dengan peperangan mulut di antara kita di fb . saya jumpa ni pula :


" Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.


Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:

- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M'sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!

Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. 

Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali.

Saya belek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:

"Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu. 

1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.

2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )

3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.

4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin."

Ada kata-kata yg menarik dari beliau:

"Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!"

So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot' mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata. c/p "



ya ! saya 100 % menyokong usaha korang untuk memboikot tu . and dah terbukti dengan usaha pejuang mahatma gandhi dapat membebaskan mereka dari penjajahan . apatah lagi kalau kita islam memperjuangkan saudara dan agama kita sendiri dikira berjihad . asalkan kita berjuang habis habisan walau sehingga syahid sekali pun .

persoalannya di sini sanggup ke manusia manusia yang memaki hamun ni berjuang habis habisan memboikot semua produk israel termasuk google yang digunakan student dan pekerja untuk buat research dan fb yang menjadi medium komunikasi antarabangsa terhangat sekarang ni ? sanggup ke kita menghalang adik beradik , saudara mara atau mungkin ibu dan ayah kita dari bekerja bekerja di bawah syarikat israel ni ? sanggup ke kita memufliskan pakcik makcik , ayah ibu , saudara mara yang menjalankan perniagaan di bawah syarikat israel ni ? sanggup ke ? sanggup ke saya ? soalan ni saya tanya diri saya berjam jam dari tadi ? * jangan jawab di mulut . jawab di otak dan hati .

saya tahu akan ada suara suara " at least aku dah boikot salah satu produk israel . " . soalan baru akan muncul . inikah yang dinamakan berjuang habis habisan . maaf . saya bukan memperlekehkan usaha anda semua . cuma saya mempersoalkan kenapa harus bergaduh sesama saudara untuk isu memboikot mcd padahal maki hamunnya tak sama dengan orang yang masih menggunakan fb and google wahai encik dan cik pandai sekalian . got my point ?

and ditegaskan di sini saya bukannya cuba mempertahankan produk kegemaran saya ( mcd ) apatah lagi menjadi ahli anti boikot ni . saya rasa semua dah cukup bijak untuk rumuskan main point saya :

- isu caci maki , bergaduh sesama saudara .
- isu perjuangan .

sebelum saya habiskan entry ni sekali lagi saya nak memohon maaf kalau saya mengguris hati sesiapa . dan saya menyeru kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan semua umat islam di dunia ni tak kira di mana saja . maaf sekali lagi ....... salam .....
esok genap umur aku 24 tahun . dah banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku sampaikan aku rasa aku dah hidup selama ratusan tahun . pahit , manis , masam , masin , 2 rasa , 3 rasa . semua aku dah pernah rasa .

about a month ago . i was eagerly counting for tomorrow . keep wishing that my mom will come and bring me at least a cake . wishing that my best mates will throw a party , causing chaos just to make my day for my birthday . but since few days past . tiba tiba aku rasa aku taknak celebrate my birthday . i dont even want to hear any whishes . why ?

ive been thinking a lot . trying to catch the flash back since i was only a girl until now, a grown up woman . ive done nothing to make me want to celebrate my birth . you know what im saying ? nothing but tears for my dumbness and riang ketawa diatas kemenangan amarah aku . should i celebrate those ? i dont think so .

selepas mengenang and berfikir . i found out something . the only person yang patut dicelebrate on my birthday is my only mom . genap 24 tahun yang lepas , mak aku dalam kesakitan , bertarung dengan maut semata mata nak melahirkan aku . yes ! shes the one yang patut dicelebrate . dia yang bersusah payah pada tanggal 14 julai 1988 and aku pulak yang diraikan setiap tahun ? that is just not fair .

but still , you guys have my full appreciation if anyone out there still honestly want to wish or pray for me or planning something for my birthday . i do appreciate it . seriously . superduperiously serious . its just i think my mom deserve it more than me . so please pray for my mom too .

and together with this . i want to thank panpan gonjy and apam . they are sweet boys that really thought me the feeling how to be a mom . walaupun secara tak lansung . jaga budak yang baru nak kenal dunia ni betul betul buat aku faham perasaan mak aku sepanjang membesarkan aku . thank you panpan gonjy and apam .

and for my mom . im sorry cause sepanjang 24 tahun , i have only made you smile on one day , when you gave birth to your only daughter on 14th july 1988 , after gambling with death . i know its the only day . im sorry for that . truely sorry . so here it is . starting from this year , i promise it will always be you yang patut dicelebrate on 14th july . thank you mom . i love you damn much !
assalammualaikum .

tudung dan rokok . apa yang aku cuba sampaikan ? kalau matluthfi ada buat vblog pasal rokok dan kopiah ( klik untuk usha ) , aku pulak tudung dan rokok . tunggu dulu ~ mungkin tajuk nak dekat sama . tapi apa yang kami cuba sampaikan ternyata kontra .

pernah nampak tak perempuan bertudung yang smoking ? atau pernah tak terjumpa mana mana gambar berkenaan kat laman laman sosial ? rasanya kalau tak pernah disaksikan mata sendiri pun mesti ada terdengar pasal fenomena ni .

feedback majoriti yang pernah nampak perempuan tersebut mesti ' kalau nak merokok pun buka lah tudung tu . ' . ayat ni buat aku terfikir . perempuan bertudung hisap rokok tu memang la nampak tak manis dan sebagainya . tapi tahu tak yang bila kita suruh dia buka tudung tu maksudnya sama dengan kita menyuruh dia membuat dosa ( tayang aurat ) seiring dengan melakukan benda yang tak enak dipandang masyarakat ( perempuan merokok ) ? renungkan sekejap . apa guna ADAT DIJUNJUNG TAPI AGAMA DIPIJAK ?

feedback lain yang popular ialah ' dah pakai tudung , merokok pula . memalukan islam je . ' . aku nak tanya . kenapa perempuan saja yang boleh memalukan islam bila merokok ? lelaki islam merokok tak memalukan agama ? setahu aku perbezaan dosa perempuan dan lelaki hanya pada :

1. aurat .
2. kuota perkahwinan .
3. imam ( perempuan tak boleh mengimamkan lelaki ) .
* SETAHU AKU . kalau ada lagi yang aku tak tahu sila bagitahu .

aku nak bagitahu kat sini . ya ! memang aku seorang perempuan , aku seorang perokok dan aku seorang yang tak sempurna imannya . tapi setiap yang aku sampaikan kat sini bukan untuk membela diri . cuma untuk menyedarkan yang perempuan merokok tu tetap tak molek tapi ia tak seteruk membuka aurat . jadi kenapa mahu menambahTERUKkan perokok bertudung tu ?

izinkan aku suarakan benda yang semua orang dah tahu tapi otak sesetengah orang masih belum berfungsi ke arah itu :

" tiada manusia yang imannya sesempurna nabi Muhammad . "

zaman sekarang ni semua manusia bermasalah . bezanya cara kita berfikir dan meluahkan serta menegur . kalau hari ni kita dibataskan menegur atas alasan ' kau pun bukan baik sangat . ' . jadi manusia mana yang layak menegur ? sedangkan imam pun boleh cabut kopiah ( kata orang ) . dan kalau tiada yang berpesan pesan , apa jadi ? fikir fikirkan lah .

dan jangan kita menghina kejahilan seseorang tu sebab kita pun ada kejahilan kita masing masing . fikir dulu sebelum bercakap . suruh perempuan buka tudung sebab nak tutup kejahilan perempuan tu ? tapi yang menyuruh dia buka tudung tu tak jahil ? * jawab dalam hati sudah .

- end .
sejahtera ke atas pembaca ~

sejak kebelakangan ni aku rajin sangat online facebook ( siapa je yang tak rajin kan ? ) . aku selalu terbaca post post yang agak mengganggu kepala otak aku . aku tak faham apa masalah dorang ni . ok la aku bagi 1 contoh ayat dorang :

" alahai . muka kalau cantek takpa . ada hati nak ada bf handsome . "

what the ~

aku tak faham apa yang menyakitkan hati sangat bila dia jumpa orang yang tak cantek couple dengan orang handsome . and by the way . ayat tu tak tuju kat aku pun . cuma aku rasa ridiculous betul dengan pemikiran macam ni .

orang kata ni kebebasan bersuara . tapi aku kata ni bullshit . sebabnya ? sebab aku rasa bila kita cakap pasal keburukan fizikal seseorang tu . kita dah declare menghina dah . sebab mana ada manusia yang tak nak dilahirkan cantek ? cuba la hang lahir lahir muka senget . apa hang rasa ? pikiaq la wei .

ada juga status status yang bercakap pasal keburukan perangai seseorang tu . yang ni aku tak terganggu sangat . sebab kalau cakap pasal perangai . benda tu boleh diubah . mana tahu bila korang bagi ayat sinis kata perangai macam ni tak betul perangai macam tu tak betul boleh bagi kesedaran kat orang sekeliling . but depends pada niat juga . kalau niat nak menegur takpa . kalau niat nak memalukan orang ? tu aku takmau cerita . tu antara korang dengan tuhan . pandai pandai pikiaq . benda tu ada baik buruknya . tapi kalau korang bercakap pasal fizikal orang lain . ingat balik la siapa yang bagi muka hang cantek .

and ada pulak status nak mengkritik takdir orang . contoh :

1 . muka macam tembikai jatuh kat lantai . berangan nak kawen dengan matluthfi .

2 . alahai . suami mat surau . bini tiap tiap minggu ladies night .

sesungguhnya jodoh tu bukan di tangan kita . and berhenti la menghina fizikal orang lain . kalau hari ni kita hot stuff . mana tahu esok lusa kita accident muka jadi serupa jamban tak siap ke . and kalau hari ni kita dok kata orang ni tak padan dijodohkan dengan orang jahat . mana tahu esok lusa suami / isteri kita sendiri yang buat benda tak senonoh ke apa . dok persoal takdir tuhan buat apa ?

and izinkan aku bagi tauladan pasal diri aku sendiri .

dulu aku selalu gelak bila kawan aku cerita pasal seorang makcik ni menguap sampai rahang dia jatuh . kawan aku ni siap buat aksi makcik tu bercakap explain kat doktor yang tak faham apa yang makcik tu cuba sampaikan ( rahang dah jatuh kan ) . setiap kali aku gelak kaw kaw sampai keluar air mata . and akhirnya masa aku accident tu . tulang rahang aku patah . kena pakai clip besi dah . hasilnya . senyum aku dah tak semanis dulu dah .

see . tuhan nak tarik sekejap je . hina la orang lagi ye .

sebelum aku akhiri entri ni . aku nak petik kata kata seorang vblogger terkenal , matluthfi .

" dan agak malanglah kepada orang yang disukai ramai semata mata hanya kerana kecantikan fizikal dia sahaja . bukanlah saya nak kata kecantikan fizikal ni satu benda yang tak bagus . cuma dalam kita menjadi cantik physically , ingat lah bahawa benda ni hanya sementara . dan yang akan kekal cantik sampai bila bila ialah peribadi yang baik . "

sekian ~
assalammualaikum .

aku ada seorang kawan . aku kenal dia dari group blogger kat facebook lebih kurang 9 bulan lepas . yes he is a blogger . aku pernah tulis pasal blog dia ( <- click untuk usha ) sebelum ni . aku pernah jumpa dia sekali je masa gathering blogger perak tahun lepas . <- click untuk usha .

dia tak handsome . perasan macho . boroi . suka janji paria . aku panggil dia cet ( singkatan buncet ) . yang paling tak boleh blah perangai dia ni : kuat berangan . berangan nak dapat rozita che wan la nak tasha manshahar la . perasan gila ! jom kita usha sikit rupa malaun cet ni .


hahaha . huduh kan malaun ni . haha . tapi dia baik . ( ada orang dah start melonjak ) . baik sangat . dia tak pernah lari bila aku ada masalah . dia pendengar setia aku . aku rasa setiap kali aku ada masalah . aku akan tunggu dia online . aku tahu time dia online selalunya dalam pukul 7 lebih ( pm ) lepas balik main bola . so kalau ada yang berkenan kat dia add la facebook dia ( ezzie azahari ) and tunggu dia online pukul 7 lebih ye . ( bak rm10 aku dah promote ! ) .

kadang kadang dia cerita gak masalah dia ke aku . tapi tiap tiap kali aku nasihat . dia takmau ikut . tapi takpa la . aku tak pernah bosan pun dengar masalah dia . sometimes people lebih memerlukan pendengar dari penyelesai masalah . betul tak cet ?

pernah sekali aku marah dia time dia nak cerita masalah dia kat aku . time tu aku baru bangun tidur . mood pun serabai . lepas aku marah dia . aku jadi menyesal gila . sebab dia tak pernah marah aku bila aku cari dia . sorry cet ~

kenapa aku tulis entry ni ? sebab dia janji nak belanja aku karok kalau aku angkat bakul dia . hahah . taklah . entry ni lebih kepada nak menunjukkan aku appreciate friendship jarak jauh ni . terima kasih wonder cet ! aku bangga dengar kau jadi hero tamil selamatkan india yang tersepit celah lori hari tu . hahaha .

dear cet , terima kasih for everything . sebab kau selalu jadi penghibur aku . sebab kau selalu jadi pendengar masalah aku . sebab kau selalu janji macam macam ( walaupun 1 pun kau tak pernah tunaikan . jangan buat aku ungkit . haha . ) . sebab jadi kawan dengan aku . i really appreciate all that . thanks cet .

thats all . tak boleh angkat dia lebih lebih . nanti dia naik lelah sebab terlebih bangga . haha . ;) . and sorry cet aku tak promote entry ni sebab majoriti bercerita hal peribadi . so kalau kau nak . kau promote la sendiri . haha .

assalammualaikum .

assalammualaikum readers . ada lagi ke yang follow my entry setelah sekian lama aku berkabung ? anyone ? silent reader ? * krik krik krik ( bunyi cengkerik ) . hahaha . nevermind .

apa nak buat ni ? kehilangan readers . what should i do ?! * am i going to cry ? no ! i dont think so . ( i know mesti ada sesetengah manusia tak percaya yang aku takkan menangis ) . but im sorry to disappoint you guys that im not going to do that . :) .

" sembang ~ " perkataan ni aku selalu dapat bila aku mula berkobar kobar nak berubah ke arah positif . yea yea . aku mengaku . aku selalu juga tewas example dalam percubaan aku berhenti merokok . aku gagal 2x berturut turut . but come on ~ aku memerlukan dorongan . bukan nak bagi aku down lagi . and to be positive . tahun ni aku akan anggap perkataan " sembang " ni sebagai cabaran . just wait and see .

ok . point yang sebenar . kepada yang rajin follow entries aku tahun lepas ( thanks ) . aku rasa korang semua mesti tahu yang tahun lepas life aku mampat dengan varieties . ada suka ada duka ada emo ada enjoy ada bosan ada menarik ada meraban ada serious . tapi perkara yang paling aku tak boleh lupa ialah apabila aku accident ( almost 10 months ago ) and ditinggalkan cinta hati aku ( i dont count berapa lama ) . then macam macam dugaan datang . aku jadi down gila gila . buat semua benda takda semangat . nak ketawa pun hipokrit gila . muka ketat sampai liang liang roma semakin ketara . kedut sudah jelas kelihatan . but alhamdulillah . im okay now . yabedabedu !

macamana aku boleh okay ? credit to facebookers and pokerfaces yang kembali membuatkan otak aku ni berfungsi . hentam aku dengan macam macam tekanan . buat aku menangis selalu . boleh kata 2 minggu sekali mesti menangis . and suddenly aku terfikir . buat apa aku menangis ? menangis tak sattlekan masalah . tuhan tak bagi kita masalah untuk menangis . cikgu tak bagi kita homework untuk tengok kita menangis . yes ~ masalah yang datang untuk diselesaikan . bukan untuk menangis . daa ~ benda senang pun tak boleh fikir . hahaha .


so this is it . im not going to cry when i have to face situations . aku akan cuba . cuba and terus mencuba . and please jangan salah faham . bukannya aku kata aku takkan menangis lansung . its good to cry when we are sad . ianya kepuasan ! apa guna kita dianugerahkan air mata kalau tak boleh nak menangis lansung ? what im trying to say is masalah dengan kesedihan tu dua benda yang nyata berbeza . i think korang dah dikurniakan akal . so boleh la bezakan antara masalah and kesedihan .

thats all for now . er by the way . today is valentines day . korang tahu ke apa tu valentines day ? tahu nak sambut je . bahasa melayunya hari memperingati kekasih . ni aku nak tanya korang . buat apa nak memperingati kekasih yang masih ada kat sebelah korang tu ? lain la yang dah mati . pikiaq dalam dalam ye . assalammualaikum .
salam . i just wanna say that i am very truely sorry . i screwed up . secara tak sengaja . i messed up . saya sedar saya salah . i am very very very sorry . i used to be ' penaik semangat kamu ' tapi hari ni saya give up . mesti sangat menyakitkan hati kan .

kalau saya kat melaka sekarang . mesti saya dah beli crunchie hantar kat kamu . tapi i know crunchie je tak mampu nak betulkan apa yang saya dah buat tadi . what should i do man ? buat video xoxo yang memalukan baru dimaafkan ?

tell me what should i do to make things right again . im sorry im sorry im sorry im sorry im sorry .

adohai . menyesal la ikut emosi sangat . i used to be rasional but today emotion takes control . tak tahu la ni kali ke berapa saya nak say sorry . i want you to know . even saya tak type kat fb or here . saya still saying sorry all the time dalam hati saya lepas saya sedar kesilapan saya tu . im sorry !!

dear mr boss a.k.a admin ayid a.k.a encik syaheed a.k.a syaheed norazam , please forgive me !! i beg ~


Salam and selamat sejahtera . Hari ni aku nak kongsi tajuk seperti di atas . enjoy ~

Dengan bismillah . Aku nak mulakan dengan soalan . Betulkah cinta itu buta ? Ramai yang suka guna ayat ni . Tapi korang betul betul maksudkan ke tak ? Punca orang sekalu guna ayat ni bila :

1 . Boyfriend tak educated / kerja cikai .
2 . Girlfriend / boyfriend perangai buruk .
3 . Girlfriend / boyfriend berlain bangsa / agama / keturunan / darjat .

Betul tak ? So im going to be straight foward .

Sebelum ni aku ada tanya unknown dari page aku . Apa ciri ciri lelaki idaman . Dorang jawab ' JUJUR ' . Ciri penting adalah jujur sebab susah nak cari lelaki jujur sekarang ni . Sounds like true . But !

Kalau lelaki jujur muka macam di bawah ni nak kat korang . Korang nak terima ?


Puih ! Tipu la kalau korang kata korang terima . Melainkan dia lelaki terakhir kat bumi ni . Itu pun fikir masak masak dulu . Betul tak ? So adakah korang masih beranggapan cinta itu buta ? Pandai pandai la fikir balik .

Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya . Lepas aku kaji kaji . Cinta tu tak buta sebenarnya . Tapi membutakan . Why ? Ok berbalik kepada 3 faktor tadi :

1 . Boyfriend tak educated / kerja cikai .
2 . Girlfriend / boyfriend perangai buruk .
3 . Girlfriend / boyfriend berlain bangsa / agama / keturunan / darjat .

Bila korang jatuh cinta . Korang akan start perasan kekurangan / kelemahan / keburukan pasangan korang . Then sebab korang nak juga bersama dia . Korang butakan hati korang terima je .

Lagi satu sebab aku cakap cinta itu membutakan . Korang akan sering salah menilai . Aku bagi satu contoh situasi ( kejadian sebenar ) :

Aku ada seorang kawan bernama kassim ( bukan nama sebenar ) mengadu kat aku . Dia suka kat kawan baik aku , lily ( juga bukan nama sebenar ) . Tapi lily kononnya tolak cinta dia ni sebab dia ada sugar daddy . Blablabla . Kassim juga cerita yang dia tak pernah bercinta sebab dia tak pernah bagi mana mana perempuan singgah kat hati dia . Punca ? Sebab dia pernah anggap semua perempuan mata duitan ( pandang lelaki berharta / berduit ) . Then aku tanya kenapa dia boleh minat dekat lily ? He answered . Sebab dia tengok lily ni lain . Tak macam perempuan tu .

Tergelak aku dalam hati . Nampak tak ? Kassim dah dibutakan oleh cinta . Dia jadi tak pandai menilai . Apa yang aku cuba sampaikan kat sini . Kalau lily tu tak pandang harta / duit . Kenapa dia mesti ada sugar daddy ? * Sambung gelak .

Ada lagi macam macam situasi . Aku rasa aku tak payah nak bagi banyak banyak . Korang nilai sendiri .

Thats all for now . Thanks for reading . Feedback sangat dialu alukan . Kalau ada yang berlainan pemikiran . Sila siapkan 1 entry untuk membidas and tinggalkan kat shoutmix or comment . And kalau ada cadangan tajuk untuk saya kaji . Sila ajukan . I will be honoured untuk mengkaji .

Salam again and END ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...