Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

bru sekejap td ako didatangi sepasang manusia. lelaki n perempuan yg xtahu cakap bahasa melayu. dr segi bpakaian nampak macam islam. yg perempuan bertudung, lelaki berkopiah. diorg cakap panjang lebar ako xpaham sepatah pon. ako just wat muke tercengang. muke dowg ade muke masalah sket la. lagi skali die ulang. ako dengar die ckp ' no money, no makan, problem blablablabla ( xpaham bahase ape ) '. ako pon kwarkan rm10. bagi kat diorg perlahan lahan sbb dalam hati ako maseh xpaham ape yg dorg cube sampaikan. dowg minx ihsan ke ape? last last lelaki tu sambut duit ako n dowg tadah tangan mcm berdoa. tapi sepatah haram xfaham. ako sbenarnye dah hampir kering untuk bulan ni. tinggal beberape puluh je utk sampai cukup bulan. tapi sbb nak pahala tu. ako bagi gak. ako xpasti sama ada ako tlg org yang betul atao ditipu. tp kalu btol btol dowg dalam masalah ako harap duit tu dapat la tlg diorg. ako redha. tp kalu ako ditipu. sila la bersiap sedia minx maaf kat ako kat akhirat nanti. ape ape pon ako bersyukur sbb ako berpeluang bersedekah walaupon xseberapa.
suke utk ako bgtao post ini bkn bertujuan utk mengangkat bakul sendiri. tapi utk berkongsi yang bersedekah pon salah satu cara kita nk tebalkan kitab pahala kita. "Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )
ske jugak ako utk berkongsi ngan korang :
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jagalah dirimu daripada api neraka meskipun hanya dengan sedekah separuh biji kurma. Jika tidak dapat (bersedekah benda) dengan kalimah tayyibah (perkataan yang baik)".
Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Anas berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersedekahlah kamu kerana sedekah itu sebagai penebusmu (pembebasanmu) daripada api neraka".
Diriwayatkan oleh Baihagi, Abu Hurairah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (makanan keinginannya) Allah mengharamkannya daripada api neraka".
Diriwayatkan oleh Al-Haqadai, Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan suul khatimah (mati dalam keadaan yang tidak baik)".
Diriwayatkan oleh At-Thabrani, Uqbah bin Amir berkata Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan pemberinya daripada kepanasan kubur dan pada hari kiamat seseorang itu hanya berlindung di bawah naungan sedekahnya".
Diriwayatkan oleh Abu Daud At-Tirmizi, Abu Said al-Khudri berkata, "Setiap orang mukmin yang memberi makan kepada orang yang lapar maka Allah memberinya buah-buahan syurga pada hari kiamat. Setiap mukmin yang memberi minuman pada orang yang haus maka Allah akan memberinya minum daripada ar-Rahigil Makhtum pada hari kiamat dan setiap mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin yang bertelanjang, Allah akan memberinya pakaian perhiasan syurga pada hari kiamat."
sumber dari daawah.com
last utk kali ni ako nak bgtao yg ade seorg myanmar yang baik hati slalu bg ako buku buku reject ( kertas terlebih / ade mukasurat tertinggal / ink sangkut sangkut ) dpd kilang tempat dia bekerja. kebanyakannye buku buku agama. dan yang terbaru ( tadi ) buku 'beginikah rasanya 7 malam pertama di alam kubur'. insyaAllah kalu ako habis baca buku ni. ako akan kongsi info info menarik.
thats all for now. salam!

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...