Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

i just came back home . tadi pergi marina island with putera , jeyn , napi and kaira . mula mula agak suram . then tiba tiba putera buka ipod kepunyaan napi . ada game TRUTH or DARE . mula mula dia main berdua dengan jeyn . agak menjengkelkan la juga sebab keluar ramai ramai tapi main berdua je . baik pergi date berdua je !!

ok . its not the main thing yang aku nak cerita . ceritanya bermula bila putera start ajak kami semua join main . tapi bersyarat . ' tak boleh pilih TRUTH ' . DARE sahaja . and everyone says yes .

ok . cara nak main dia . listkan nama semua player  kat ipod tu . then SHAKE SHAKE SHAKE . automatically list nama tu bergerak and berhenti kat nama si polan . then keluar option nak TRUTH or DARE macam ni :
disebabkan tak dibenarkan pilih truth . so satu je la option . DARE . and percayalah . game ni sangat nakal . haha . macam macam dia suruh kami buat . nakal nakal . contoh :
tapi kami takda la dapat dare yang macam ni . tak pasal pasal kena charge buat gangguan seksual . hahaha .

kali pertama nama aku naik . aku dah kena buat perkara yang memalukan : ' you must snot when you see someone pass by ' . kebetulan ada satu family india lalu depan kami . and semua push aku buat . aku pun . sroooot ! dengan kuat . sampai ke sudah india tu usha aku . haha .

second time pula aku kena : ' tell a person ( not a player ) the he / she has the beautiful eyes ' . and sekali lagi ada segerombolan lelaki lalu . and jeyn pergi tahan dia orang . yang kaira dah melompat lompat excited . haha . aku pun malu la . aku sempat la menjerit sebab malu . then aku dengar ada suara ' ni mesti kena cabar ' . aku pun ' sorry ek . jangan ambil hati tau . mata awak cantik sangat ' . aduh ! and gelak ramai ramai .

and banyak lagi la . ni yang aku ingat la :

1. kaira kena cium semua kaki player and bagitahu kaki siapa paling busuk . ( dia cakap kaki putera paling busuk . hahah )

2. napi kena letak air sejuk kat pusat dia . ekspresi muka dia memang macam ****** .

3. jeyn kena gigit kaki someone . and dia gigit kaki putera ( yang paling busuk ) . masa tu dia belum tahu kaki putera lah yang paling busuk . hahaha .

4. putera kena sit up . hop . yang aku aneh dia asyik kena dare benda yang kurang memalukan .

5. napi kena nyanyi lagu ABC depan orang . dia pergi kat segerombolan lelaki kelantan menyanyi lagu ABC .

6. napi kena minta autograph orang yang tak dikenali .

7. aku kena naik atas kerusi . buat style tarzan and lompat . jangan tak percaya . aku buat lah . depan couple cina yang tengah comolot aku buat .

8. kaira kena simbah diri sendiri dengan air sejuk . tapi disebabkan kami kat tepi laut . kami suruh dia simbah dengan air laut . hahaha .

9. i have to call someone and make jokes sampai dia ketawa . yang ni aku failed . aku call syafiq and aku tak tahu nak cakap apa . aku tak pandai mereka cerita kot . sampai syafiq blur dengar aku merepek . haha .

banyak lagi lah . best kan ? kau orang patut cuba . sangat best . tak semestinya guna ipod . buat guna kertas pun boleh . pandai pandai lah kau orang guna imaginasi masing masing .

tapi tadi napi mengalami kemalangan . dia di DARE untuk tutup mata , capai sesiapa and teka siapa yang dia pegang . si putera yang bijak ni pula drag dia kat tepi tepi and pusingkan dia . dia hilang balance and JATUH atas batu batu tepi laut tu . GEDEBUK bunyi nya . risau juga lah . jatuh terlentang tu . mana tahu kepala pecah ke . tapi nasib baik dia luka luka ringan je . and terus main .

tapi macamana pun . aku sangat seronok main DARE dengan mereka . mereka sangat uncool and sporting !  memang tak peduli orang lain dah . nasib baik lah lepak dekat private island . kalu kat tempat awam mesti polis dah datang sumbat kami dalam lock up sebab mengganggu ketenteraman awam . haha .

* thanks to follower yang ke 45 : Nabella . kamu terlupa nak tinggalkan link ye . if you read this . sila tinggalkan link dekat shoutmix ya .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...