Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

ramai orang tak percaya yang aku ni boleh baca perwatakan seseorang . terpulang . dari cara dia bercakap sampai la cara dia melihat sesuatu / seseorang . aku boleh predict apa yang dia fikir . tambah kalau aku dah lama kenal . cuma aku tak suka tegur je . nanti orang cakap aku serkap jarang . aku selalu buat experiment pasal ni . aku akan teka apa yang dia fikir dan rancang / apa yang bakal dia buat . lepas tu aku tengok betul tak dia buat macam tu . boleh kata 80 % kajian aku tepat !

selain itu , i can tell if someone is lying . yang ni khas untuk orang orang yang aku kenal ( bersemuka ) lebih dari 3 bulan sahaja . seperti biasa . aku tak tegur sebab boleh jadi gaduh . lagipun kalau aku tegur . nanti akan jadi putar belit dan perhubungan jadi kucar kacir . kebanyakannya aku perli atau bagi ayat makan dalam je . biar dia seorang yang faham . jadi tak lah dia malu dan memberontak .

kadang kadang tengok cara seseorang tu type kat facebook pun aku dah tahu perangai dia . and sekali lagi aku tak tegur . aku suka tengok perkembangan seseorang tu and sejauh mana aku dapat teka dengan tepat . haha .

jangan terkejut juga kalau aku cakap . aku boleh tengok kalau seseorang perempuan tu dah tertarik dengan seseorang lelaki ( tapi kena bersemuka baru tahu ) . walaupun perempuan tu aku baru kenal satu jam . aku dah boleh tahu . kebolehan ni aku dapat sejak aku form 4 . aku bagitau ex aku ( masa tu belum couple lagi ) yang kawan dia suka dekat dia . then amat memeranjatkan beberapa jam lepas tu perempuan tu msg ex aku bagitahu dia suka kat exku itu . bhahaha . aku memang boleh tahu bila perempuan suka kat lelaki tapi berapa serious perempuan itu . tuhan je yang tahu . hahaha .

tapi aku akui . aku kalah dengan orang yang teror atau pun dengan bahasa yang senang faham ' orang yang pakar berlakon dan menipu ' . pakar di sini maksudnya pro menapis kelakuan dia .

amacam psycho tak aku ? semua ni aku dapat sebab aku ni sangat suka memerhati perwatakan setiap orang yang aku jumpa . tapi jangan takut la . selagi korang tak melampaui batas . aku akan diam sahaja . peace !

1 comments:


  1. phuh!!! mcm bomoh la pulak... menakutkan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...