Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

yang pertama sekali . terima kasih kepada MIMIKO GONZALES :D . selamat datang ke variasiku .

straight to the point . ako nak bagitahu korang semua pelawak pelawak yang ako salute . dah tentu tentunya pelawak pelawak ni selalu dan berjaya membuat ako ketawa sorang sorang . kita mulakan dengan yang paling senior :

perkenalkan . ni lah sabri yunus . also known as wan ismail golok .siapa dulu dulu waktu kecik selalu tengok cerita pi mai pi mai tang tu ? atau korang belum lahir lagi time tu ? takpe takpe sebab time tu ako belum rase yang dia ni lawak . cuma baru baru ni ako tengok cerita moh ke kafe kita . ako rasa dia semakin energetic mase buat lawak sampai boleh buat ako ketawa sorang sorang depan tv .


ha . yang ni pula ropi cecupak . dia ni superiously berjaya buat ako gelak . dia buat mimik muka pun dah boleh buat ako terbahak bahak . tapi ada juga orang yang annoyed dengan muka dia ni . tapi tidak pada ako . andai kata letak dia depan ako memang ako akan jadi orang gila kat situ juga . hahaha !


saiful apek ! si kering yang lawak . yang bagusnya dia ni selalu buat lawak dengan pergerakan badan dia . dia dah la kering . and ako rasa sangat lawak bila dia buat style libas ekor buaya ( tomoi ) dalam salah satu sitcom senario . sangat lawak . sangat berbeza daripada style libas ekor buaya yang sebenar . tonggek ! hahahaha !


siapa tak kenal afdlin shauki ? ako suka dia sebab lawak lawak educated dia . and dia sangat pandai memerli orang dan sangat kreatif ! ako suka tengok lawak lawak dia kat cerita AH HA , salmonella and sangat suka dia jadi proffesor sentaphatimaknak . bhahahaha . siapa yang belum tengok boleh search kat youtube .


this is my beloved late din beramboi . masa teenage . ako selalu dengar lawak pantun dia . hahaha ! korang pernah dengar tak ? walaupun lawak bodoh tapi berkesan ! and ada suatu masa dia ade keluar tv tengah tengah malam untuk rancangan apa tah ( something something mania ) . yang kene sms / call jawab soalan pastu menang duit . and ako sanggup tidur lambat tengok rancangan tu sebab nak tengok gelagat dia . bukan sebab nak join game tu . sampai macam tu ! lepas tu dia join senda pagi era kalau tak silap . bila dia bersuara je . mesti tak boleh berhenti senyum . tapi sayangnya dia dah meninggal . al - fatihah untuk arwah !


yang ni ako rase ramai yang tak kenal lagi . russel peters . dia ni pelawak spontan yang lawak . selalu buat lawak pasal isu semasa , pasal kaum , negara , pasal warna kulit , pasal jantina , pasal lifestyle . memang hebat ! orang dari macam macam negara , kaum , bangsa sanggup bayar beribu ribu nak dengar lawak dia . and walaupun kadang kadang dia buat lawak pasal isu sensitif tapi tak ada yang balik telur pun and tak ada yang bergaduh lansung dalam panggung sebab apa yang dia cakap memang betul . siapa nak dengar lawak lawak dia boleh search je russel peters kat youtube . sila lah !


dan yang terakhir sekali abe zizang ! ako suka dia sebab dia pandai melawak . walaupun dia masih baru . ako pun tak tau lagi kelebihan dia . tapi ako still ketawa dengan lawak dia . and ako rasa dia sesuai digandingkan dengan johan . ako rase kalau dorg dipisahkan mungkin gelak tu kurang la . tapi macamana pun ako still suka dia lebih dari johan . :)

itu dia 7 orang pelawak yang ako sangat sangat suka ! sorry sebab kualiti gambar yang kureng . semua gambar ako dapat daripada google .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...