Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

sebelum ako mulakan cerita pasal suka duka perjalan ako balik perak . macam biasa . terima kasih pada puteri sebab sudi jadi follower blog ni . tadi usha blog dia . dia dah guna advertlets . tahniah ! dah kaya jangan lupe saya . haha . bagi siapa siapa yang belum tahu apa itu advertlets and macamana nak register boleh click sini .

alkisahnya . ako tak jadi kerja kat genting sebab mak ako soh kerja kat perak . so ako pon nak balik kampung . syafiq nak tumpang motor . jadi dari kl ako kene gerak sorang sorang la . this is the first time ako mengharungi highway PLUS naik motor sorang sorang . yakin habis ! tapi masa masuk MRR2 ako beberapa kali terlepas simpang sampai la ako masuk rawang . nasib baik dulu ako pernah masuk rawang sekali and akhirnya jumpa jalan nak masuk highway PLUS .

sampai je kat behrang ( tempat nak ambil syafiq ) ako pun terus cari balai behrang ( tempat yang dijanjikan untuk bertemu ) . tunggu tunggu . then syafiq pun sampai dengan makhluk berhidung aneh . haha . ako sangat tergamam sampai lupa nak wish happy birthday kat dia . hahaha . difahamkan makhluk itu ada blog juga . so semua yang nak tengok rupa makhluk itu boleh click sini . ( bak RM10 ako dah promote blog ko ) .

teruskan perjalanan ke ipoh ( taman cempaka ) sebab syafiq nak jumpa kawan dia untuk repair laptop dia ( lebih kurang la ) . masa sampai tu punggung dah hilang dah . cubit macamana pon tak rasa . tu lah kelemahan naik motor lama lama . punggung kebas ! tunggu tunggu punya tunggu . tiba tiba ako termelatah sebab ternampak sebiji motor merempuh sebiji basikal . yg bawak motor tu dlm 20an ( 2 orang ) dan yang bawak basikal tu budak skolah rendah ( pun 2 orang ) . yang ako bengang tu dorang boleh blah macam tu je padahal dari jauh ako nampak budak tu dah terjengket jengket . ok fine . mungkin terseliuh sikit la . tapi masa budak tu lalu depan ako ako tengok budak yang bonceng kat belakang tu menangis dengan mulut berdarah darah . OMG ! dorang ni sangat bodoh ! at least bawak la pergi klinik or hospital ke . bangang ! ni nak tanya budak tu ok ke tak pon tidak . kalu dia tu bf ako . siyes kat situ gak ako sekolahkan dia .

lepas sattle hal laptop kami bergerak ke manjoi untuk jumpa kawan ako ( atan ) pulak . tunggu tunggu dan tunggu tiba tiba atan sampai dengan berjalan kaki . mula mula tak perasan tapi bila dia duduk depan ako . mak aih ! luka luka semua . dia baru lepas accident ! n jari dia patah ! n dia boleh gagah lagi jumpa ako . tabahnya .

lepas sembang sembang kejap kami pun balik . sampai rumah . rehat rehat . malam keluar makan dengan mak . balik ajar mak guna YM . pukul 11 keluar sampai pukul 3.30 pagi . dah tahap mengantuk . tambah syafiq dah pucat + mata merah macam pontianak . naseb botak . kalau rambut panjang memang tak balik satu kereta la . tapi malam tu first time ako yang drive balik rumah . sebab ako dah tak percaya dengan putera and syafiq yang mata dah kuyu tu . serious mengantuk . putera pun saja je buat buat borak sebab taknak ako tertidur . tapi ako rasa tak ada beza dia cakap ke tak sebab tak masuk kepala pun . hahaha .

akhirnya kami selamat sampai ke seri iskandar . balik balik online sekejap . kul 5 tidur . huh ! sangat penat hari itu .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...