Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

seperti yang you guys tahu . 3 hari yang lepas aku pergi bercuti dekat pangkor ( 04 - 06 / 04 / 11 ) . so aku nak cerita sikit pengalaman aku sepanjang percutian .

aku pergi with syafiq ( adik aku ) and putera saja . bertolak dari seri iskandar tengahari . naik bas je . memang panas terik . belum apa apa lagi muka dah sememeh sebab melekit .


then naik bas . dalam bas pula aircond macam tak rasa . memang ketingit menyengat lah . agak sejam juga lah dalam bas . memang sememeh habis . tapi still tak kacau mood vacation aku .

sampai sampai ja dekat lumut . ada uncle ni tanya tanya nak pergi pangkor ke ? then putera said ' a ah ' . dia pun bawa kami pergi office dia and promote chalets . lepas sembang sembang and tawar menawar . kami dapat harga rm100 ( 2 hari 1 malam / 3 pax ) dekat nipah waterfront beach resort ( sea view ) . tawar menawar lagi . dapat pula rm180 ( 3 hari 2 malam / 3 pax ) . puas hati . deal ! tapi agak pening sebab aku bawak baju 2 helai ja .

then tanya pasal kereta sewa . rm130 for 2 days ( wira ) . tapi abang tu cakap pakai lah sampai bila pun . dia minta rm130 ja . deal !

terus bergerak ke jeti . beli ticket pergi balik rm10 / pax . sampai depan jeti . ada pula senarai nombor contact untuk chalet chalet dekat sana . aku pun snap lah . secara tak sengaja aku tersnap gambar jejaka berbaju putih ni .


muka dia sangat familiar dekat 8tv . tapi siapa ya ? haha .

nasib kami baik . ferry duta pangkor sedang menunggu . terus masuk ferry . layan sea view dari anjung ferry . tiba tiba putera melompat atas belakang aku . nasib lah aku ni kuat . kalau tak dah melayang masuk laut . terpaksa dukung dia . kena buli . perangai !


ferry berhenti di dua terminal ( terminal penumpang sungai pinang and terminal penumpang pulau pangkor ) . kami turun di terminal penumpang pulau pangkor . turun turun terus cari kereta wira yang dijanjikan . pergh !


agak malas nak comment sebab bukan aku yang nak sewa . haha . tapi aircond memang membantu aku untuk cool down . haha . terus isi minyak dekat stesyen minyak takda nama . rm20 dapat 9 liter ja untuk ron 95 ? haram !


teruskan perjalanan ke teluk nipah . destinasi : nipah waterfront ! keluar kereta . bahang ! laju laju check in buka aircond . buka star movie . layan lah pula . macam malas nak keluar . tapi untuk tidak membazir masa yang sangat berkualiti tu . kami bergilir gilir bilas badan yang melekit . entah berapa kilo kami turun . berpeluh macam buat killer workout . haha .

kami baru perasan dari pagi belum makan . terus cari kedai makan . unfortunately most kedai makan dekat situ tengah renovate . so yang paling dekat . warung manshor . time tu dah tak fikir apa . terus order nasi goreng + telur mata . masing masing tak dapat nak teliti menu . terus main order ja . teh o ais pula 3 fresh apple 1 . haha . laju gila makan and first time aku nampak kemas licin ja pinggan and gelas kami bertiga .


balik bilik . layan movie sampai lah redup . tukar baju . mandi laut lah . apa lagi . time ni first time tengok air pangkor jernih . mungkin sebab tak ramai orang kut . kalau time pack memang tak nampak peha pun . haha .

bilas bilas . layan movie lagi . dia orang boleh bantai tidur pula . aku yang agak merasai kerugian waktu terus siap siap keluar and layan sunset seorang seorang . layan gila !


tegur foreigner . seronok tengok dia orang enjoy dekat bumi malaysia .


malam pula kami ambil alih tempat minah saleh tu . main buaian puas puas sambil layan bunyi ombak and angin malam .


then jalan jalan pusing pulau . tak habis pusing pun . sebab abang sewa kereta dah warning jangan naik bukit tinggi . pergi pusing pekan pangkor pergi makan dekat ilham tomyam and beli snacks and air buat sumbat mini fridge dekat chalet . malam tu aku tidur lambat bersembang dengan putera pasal awek dia and boyfriend aku . syafiq awal awal dah lelap .

bangun tengahari . aku dah siap . dia orang melepek lagi . manja betul . hahaha .


keluar pergi cari tempat makan . jumpa restaurant yang ada wifi . tak pasti apa nama restaurant tu . sanggup kami patah balik chalet  ambil lap top . masa naik bukit tiba tiba kereta mati engine . tarik hand break . turun gear 1 . nak main minyak tiba tiba kereta gelongsor ke belakang and putera boleh pula pusing stereng ( patut lah abang tu tak bagi main bukit tinggi . hand break tak berfungsi ! ) . macam nak mati aku terkejut . nasib tak jatuh gaung . then syafiq pun keluar tahan kereta dari belakang and berjaya !

setelah bersusah payah kami patah balik . rupa rupanya tu kedai bakery . takkan nak makan lunch bread and cake ? kami tekak malaysia babe ! plus takda plug untuk laptop . patah lah hati .

terus mencari restaurant . singgah makan . lupa nak tengok nama restaurant tu .

teruskan destinasi ke gallery pangkor . mengenali pangkor dengan lebih mendalam .


abang gallery tu kata ada tembok cina . tapi kami cari tak jumpa . so kami nekad pusing pulau . memang hati berdebar debar takut naik bukit tinggi dengan kondisi handbreak . nasib baik tak jadi apa apa .

nikmati pemandangan laut yang hijau . sangat best . singgah dekat chalet tinggal ( yang ditinggalkan ) .


kembali ke chalet . enjoy layan aircond and movie . sampai terlupa nak tengok sunset ramai ramai . masa kami keluar belum gelap lagi . tapi matahari dah tak nampak . rugi !

mandi je lah . air tengah surut so ombak tak kuat . puas ! kami beberapa kali dipelawa untuk boat trip and snokerling . tapi macam tak tertarik je . haha . tak tahu lah kenapa .

lepas puas mandi . kami naik , bilas , rehat and cari makan ! kali ni candle light dinner for 3 at daddy's cafe . layanan memang A . masuk masuk bos yang sapa kami . kami pilih meja tepi pantai . memang syok ! nak duduk pun ada waiter yang tarikkan kerusi . kami order daddy's chicken chop ( 2 with blackpapper sauce and 1 with bbq sauce ) . first time rasa carrot sangat sedap . tapi sauce dia tak kena dengan tekak aku sebab manis . aku pula suka masin . drinks we ordered 2 watermelon juices and 1 long island tea .


  
memang kenyang makan full plate dengan air tembikai yang kaw tu . kami pun bergerak ke tepi sikit which daddy's cafe provide kerusi rehat . layan !


then kami jalan jalan pantai . plan untuk next trip . dah penat balik chalet . aku tidur awal . sebab penat . putera buat macam macam untuk aku cergas . tapi aku sangat malas buka mata . terus berdengkur .

bangun awal . hari terakhir ! pagi pagi lagi dah berkubang dalam air masin . masa mandi dekat air jernih tu . aku ternampak kelibat seekor creature dalam air . putera pun nampak . tak pasti lah apa benda . nak kata ikan . macam bukan . nak kata pari pun macam bukan . then kami pun berlari macam pondan naik darat . hahaha . tiba tiba binatang tu hilang . sampai sekarang masih tertanya tanya .

balik . siap siap . tengahari check out . pusing pulau lagi . pergi jetty mana tah . tak dapat dikenalpasti . mungkin private jetty . habiskan masa masa terakhir bergambar .




tak boleh tunjuk banyak banyak . ni pun aku rasa dah terlalu panjang dah post ni .

sebelum balik kami singgah beberapa pantai lagi . snap snap . main gusti dengan putera . makan . beli souvenir untuk kau orang . nak ? kalau nak join contest aku start dari esok ok .

balik dengan penat .

1 comments:


  1. huhu..
    baca pon da trasa best nyer
    daya pena gak gi pgkor
    tp one trip
    dgn ahli2 bus xknl
    mlu2 tenuk nk over happy
    lgpon jap jer kat pgkor
    sbb mision utama gi lgkawi
    huhu..
    best3..tiptop

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...