Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

touching baca entry kau pasal aku yang ni :syilla oo syilaa. tak sangka kau sayang aku lebih . haha . walaupun aku tak ingat kau penah jenguk aku . terima kasih wei . btw bukan kau seorang je yang nak menangis tengok aku . kebanyakan kawan aku yang dtg semua mengobak tengok aku . teruk sangat ke rupa aku time tu ?

tapi sekarang aku dah ok . dah boleh start jalan perlahan perlahan guna tongkat . luka dekat tengkuk dengan tangan hampir kering . tinggal dekat kaki ja . muka aku pula dah masuk besi . so muka aku masih sama lah . cuma lumpuh sekejap . tapi dah nak ok dah . dah boleh senyum straight dah . hehe .

yang aku sedih . aku hilang deria rasa masin ja . so aku kurang selera makan  ( aku dah kurus ! ) . bahu aku pula patah . baru tahu tadi . padan lah sakit sangat .

biar aku explain . hari tu aku operation tulang belakang sebab telinga aku menitik nitik air spinal . tak berhenti henti . so aku kena operate tulang spinal aku untuk hentikan air tu .

pasal kes lupa tu pula . aku kan kena selalu makan ubat tahan sakit masa kat hospital . tambah pula asyik buse je . benda ni memang effect daya ingatan . tu sebab aku selalu lupa . kalau kau ada nampak atau dengar aku meracau racau tu mungkin effect ubat tahan sakit and buse juga lah . takpun mungkin sebab aku tersedut banyak sangat asap masa accident tu . lagi pun time tu aku trauma kaw kaw sebab aku tak ingat apa apa . sedar sedar dah ada dekat hospital sakit sakit . aku siap tanya mak aku lagi ' ni mimpi ke apa ? ' .

dah la yang sudah sudah lah . aku dah dapat pengajaran aku . apa apa pun terima kasih sebab menyeru kawan kawan doakan aku . aku hargai sangat sangat .

nanti aku dah sihat sikit aku nak start contest balik . aku alu alukan kau join contest aku lagi . jaga mr and miss diver baik baik .

thanks untuk entry itu kawan .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...