Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

sebelum apa apa . saya nak minta maaf sebab saya terpaksa starkan ( * ) perkataan yang haram tu sebab saya sudah alergi dengan perasaan tu . and minta maaf juga pada cik aien . seperti biasa . saya main type ja . disebabkan perasaan tengah kucar kacir . so hasil mungkin kucar kacir juga lah . tak tahu la . terpulang la pada pembaca ( masih kucar kacir . haha ) . mari merampuih sama sama ! :


aku tahu ,
aku bukan yang terbaik ,
namun aku yakin ,
bila aku suarakan ,
aku *****kanmu .

memang !
memang itu kebenarannya ,
kau pun tahu ,
malah ,
kau yang pernah memberi harapan ,
tapi kau juga yang memusnahkan .

terima kasih ,
untuk kenangan putih ,
yang menjadi nostalgia hitam ,
hitam putih yang pernah membahagiakan ,
walaupun sekarang membebankan .

masih dikotak ingatanku ,
kau bisikkan kehangatan perasaanmu ,
yang menjadi kekuatanku berlari ,
dikala aku tersungkur dipermain emosi .

tidak pernah sesaat terlupa ,
kinetik pelukanmu ,
yang menjadi rusuk kebahagiaan ,
dikala hatiku hancur dipermain perasaan .

bukan aku sengaja ,
mahu lupakan gurauan kelmarin ,
tapi kerana ia kini bertukar racun ,
yang dulunya penawar paling mujarab .

maafkan aku kerana men*****imu ,
kerana masih dambakan bisikan itu ,
masih perlukan pelukanmu ,
masih rindukan senda gurau dulu .

maafkan kerana aku MASIH men*****imu ,
walaupun kau tidak begitu ,
walaupun aku cuma semalam bagimu ,
walaupun *****mu bukan lagi untukku .

maafkan aku !


dengan ini saya tag : syafiq , cho dan aina .

untuk syarat syarat penyertaan serta info pasal contest ni sila click : aien .

1 comments:


  1. assalamualaikum :)
    thanx ekh da join..
    skurang2nya da bagi semangat and supprt at Aien..
    thanx a lot :)
    puisi yg hebat! :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...