Post info

Labels:


Comments 2


Author: syilla

setelah cukup 3 minggu aku kat hospital . akhirnya doktor bagi aku balik . walaupun belum fully recovered . aku masih belum boleh berjalan . tapi seriously aku dah muak dengan tube makanan yang dimasukkan dari hidung ke dalam perut aku . minum susu sampai muntah muntah .

dengan berbekalkan sisa terbakar pada tengkuk , tangan , perut dan kaki . aku gagah juga ikut mak aku balik rumah . pinjam wheelchair kawan mak . kesian mak . dah tua tua pun kena jaga aku lagi .

sebelum balik tadi . mak cerita . minggu pertama aku kat hospital . aku meracau racau . cakap benda bukan bukan . terpekik pekik minta tolong . bila bayangkan macam malu je . tapi aku rasa ni kesan terlebih sedut asap kereta yang terbakar tu ataupun hentakan kuat yang telah membuatkan tulang rahang aku retak . aku jadi sangat pelupa even sampai sekarang aku tak ingat macamana kami boleh accident and kadang kadang aku tak ingat siapa yang datang melawat aku .

sedih betul . sampai sekarang aku still tak percaya yang aku dah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat . ayah cerita . masa accident tu aku duduk seat belakang . aku dah pengsan and kereta terbakar . 2 orang kawan aku sempat orang selamatkan . tapi aku orang tak perasan sebab asap dah banyak berkepul kepul .  tambah dengan api yang makin marak dan panas . tiba tiba datang seorang lelaki berani tarik aku keluar dari kereta tu . lelaki yang tak dikenal pasti . saya doakan kamu sentiasa sejahtera tak kiralah siapa pun kamu .

dekat sini saya nak ambil peluang berterima kasih kepada semua yang jenguk saya kat hospital . and sejahtera kepada semua yang dah doakan kesihatan aku . salam .

2 comments:


  1. selamat berehat and cpat sembuh yew =)

  1. may u recover soon:) get enough rest, hayyaa..even tak kenal rapat, tapi still risau..be strong sist! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...