Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

sejak kebelakangan ni . aku selalu mendapat berita kematian . beberapa hari lepas . berita kematian kakak kawan aku . semalam . berita kematian kenalan kawan aku . hari ni berita kematian editor blog telordibasuh .

beberapa minggu yang lepas pula aku terlibat dengan kemalangan yang dahsyat . aku tak sedarkan diri lebih kurang 2 minggu . mak cakap aku celik . tapi macam dalam alam lain . asyik meracau racau . sumpah aku tak dapat ingat time tu . masa aku sedar . aku trauma . aku sakit sangat . susah bergerak . kena buat macam macam operation . aku tanya mak ' ni semua mimpi ke apa ? ' . masa tu . aku terfikir . aku dah mati ke ? aku sedih sangat sebab tak ingat apa apa .

lama lama . aku semakin sedih . sampai aku terfikir nak give up . kebetulan . kawan baik aku datang dari kelantan . dia bawa laptop . dia pasang cerita dua alam ( dr romzey ) . tiba tiba aku jadi takut . adakah nasib aku akan sama dengan watak utama cerita tu . sebab aku manusia yang tak lepas dari dosa . aku takut . aku belum bersedia untuk ke alam itu .

hari semakin hari aku semakin hilang semangat . aku pernah cakap dekat mak yang aku nak give up . tapi mak tak putus putus naikkan semangat aku balik .

bila dengar pasal kematian kematian ni . perasaan aku jadi lain . aku jadi betul betul takut membayangkan keadaan mereka di alam itu . apatah lagi membayangkan aku ditempat mereka .

ya Allah . ampunkan dosa dosa aku . aku telah membelakangi kau dalam beberapa perkara . aku bersalah . aku berdosa . kau ampunkan lah dosa dosa kenalanku yang telah menghadap kau . tempatkanlah mereka bersama dengan orang orang yang kau redhai . amin .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...