Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

12 jun 2011



firstly saya mohon maaf kepada semua sebab saya terbabas tidur sampai 9.45 am ( walaupun semua pun terbabas juga ) . hahaha . akhirnya kami buat keputusan untuk jumpa kat jj ( skip ulu chepor ) pukul 12 je . maaf yang ke dua pula sebab kami ( aku , syafiq , achik , iyla , eyda ) buat encik ajim dan encik ezzie tertunggu tunggu kami mencari parking . parking penuh kut !

akhirnya kami berjumpa dekat area wayang . untuk pertama sekali . bertemu muka . agak excited pula jumpa rakan bloggers ! sampai lupa tulang pipi yang sakit ni . haha . yang dia orang ni pula mula mula susah sangat nak dengar suara kalau aku tak bertanya . malu malu kambing la tu . haha .

lepas sembang sembang kami pun beratur la nak usha ticket . aleh aleh ticket paling awal and masih ada seat best cerita toyol nakal ja . pergh . aku dah terfikir je nak pedajal paksa semua tengok cerita yang tak diketahui asal usul tu . tapi tak sampai hati . so kami pun bergerak ke food court . food court pula tak boleh nak sendat lagi . akhirnya kami jumpa gak meja kosong . makan makan makan . kat situ baru la kami bersembang bincang bincang aktiviti apa nak buat .

then kami terus pergi bowling . kat situ gak lah aku dapat tahu tulang bahu aku yang patah ni dah nak heal . aku baling bola boling tak sakit sangat . tapi tak boleh kuat sangat la hayun . takut tercabut pula tangan ni . sebab tu lah kalah kut ( tak mahu mengaku ketidakteroran main bowling ) . hahaha . anyway tahniah kepada ezzie dan achik yang dapat markah tertinggi . respect . tapi still tak dapat lawan uncle ganas lane sebelah !

habis je bowling kami lepak tangga snap snap picture . then terasa bahang panas . baru pukul 3 lebih kut . so aku mengusulkan kami berteduh di dalam aircond sambil berkaraoke ! yeeeha ! kami pun keluarkan suara rojak masing masing . masa dalam karaoke encik ajim malu malu cipan pula nak pilih lagu . bila balik mengadu tak puas karok . pooorah ! lain kali aku nak tengok kau conquer mic pula . 2 jam karaoke di ending dengan lagu soley soley ~ hahaha .

lepas puas mengkejangkan anak tekak . kami bergerak ke padang polo makan laksa ! masing masing dah lemau . kebanyakan kami baru tidur pukul 5.30 pagi hari yang sebelumnya . makan pun paksa paksa je . dah la abang laksa tu langsi . rasa macam nak cepat cepat blah je . lepas sembang sembang . kami pun buat keputusan untuk tamatkan gathering ni . say good bye .

walaupun pulang dengan badan yang lembik . tapi syok lah ! walaupun yang attend tak berapa nak ramai . tapi cukup lah buat enjoy ! walaupun tak jadi mandi chepor . mandi peluh pun best bila bersama syafiq , ila , ezzie , ajim , achik and ida . kau orang best !

1 comments:


  1. hahahahhaha...enjoy meyh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...