Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

sebelum apa apa . nak minta maaf kalau kau orang rasa buang masa baca entry aku kali ni . entry kali ni bertujuan untuk aku busykan diri dari berfikir benda benda rubbish . so aku pun tak pasti apa yang aku akan type kejap lagi .

siapa betul betul kenal aku ? aku ni macamana ek bagi kau orang ? aku tak pasti pandangan kau orang . tapi aku yakin . sebelum ni aku seorang yang banyak modal untuk bagi orang gelak . at the same time . aku akan terhibur bila orang lain terhibur .


aku suka membahan orang . tapi bukan dengan guna isu sensitif . just untuk ketawa ketawa . and aku tak pernah kisah aku dibahan selagi tak keluar benda benda yang sensitif . sengat senang menghibur dan dihiburkan .


senyum . ketawa . tu semua sinonim dengan aku dulu . aku sangat suka senyum . walaupun dengan orang yang aku tak kenal . kadang kadang orang nak marah pun tak jadi . polis nak saman pun fikir banyak kali . ketawa kalau tak kuat kuat tu bukan aku la namanya . seronok sangat ketawa kuat kuat . boleh bagi lupa semua masalah .


aku sangat suka pergi bercuti . tak kisah la pergi mana mana . pergi kawasan kampung , sungai , laut , theme park . pergi tempat merepek repek pun takpa . janji bercuti . pergi ceruk mana pun takpa . aku boleh buat suasana menarik walaupun tempat tu membosankan .


sangat suka karaoke . walaupun suara tu tak sedap mana lah . tapi masa tadika pernah bercita cita nak jadi penyanyi . pembawakan la ni kut . kalau tension ke stress ke . pergi je karaoke . keluar je dari pintu karaoke . semua masalah hilang . sebab dah lepas geram time menyanyi . kadang kadang kalau gian sangat nak menyanyi tapi takda transport or modal . lepas gian menyanyi ikut gitar je . google search chords . then layan .



gila ? tu lagi lah sinonim . aku suka buat benda yang orang takut nak buat . pakai apa yang orang takut nak pakai . bukan aku anggap mencabar diri . tapi seronok lah buat benda benda yang orang lain tak berani buat . pakai apa yang orang tak berani pakai . janji aku selesa .

er . takut pula nak letak gambar .

aku sangat suka mengidam . bila aku teringin nak makan sesuatu . aku akan terus cari . makan kaw kaw sampai gemuk . aku tak suka kurus . sebab bagi aku kurus tu tak sedap . tulang je and nampak tak sihat .


buli ? kalau berani buli la aku . aku sangat protective . kalau dah cari pasal dengan aku . tak payah nak tunggu akhirat aku dah balaskan dah . dendam ? sebakul ada kut . tapi aku dah belajar memaafkan . so dah takda dendam dah . cuma protective ja .

free time je aku habiskan dengan shopping . bila takda duit window shopping atau pun ' kluk ' . kalau betul betul tak berkemampuan pun tengok sales je dah boleh menaikkan semangat aku . apatah lagi fitting room . tak beli pun takpa . janji try . main campak campak baju longgok . main pura pura berebut baju dengan my bestfriend ekin .


ni semua perangai perangai yang aku proud sangat sebelum ni . disebabkan perangai perangai aku ni la . aku tak pernah bosan hidup . er . pernah bosan juga lah . tapi perangai ni la yang menghilangkan bosan tu . sentiasa happening dengan benda benda ni . tapi . sejak KAU berusaha sakitkan aku . aku hilang semua benda ni . terima kasih yaw !

sekarang . aku mencari cari balik aku yang dulu ni . mana nak cari ? bukan aku taknak jadi macam dulu . seronok kot zaman zaman megah ni . aku dah cuba . buat macam macam . gelak kuat kuat . bahan orang . buang masa kat sana sini . karaoke berjam jam . main gitar . window shopping . buat benda benda gila . tapi aku still rasa aku menipu diri sendiri . aku tak happy ! aku jadi tak lalu makan . bila mengidam pun buat bangang ja kadang kadang . nak uruskan diri sendiri pun jadi malas . orang buli aku pun aku senyap .

aku nak aku yang dulu ! kenapa susah sangat nak ketawa and senyum dengan ikhlas ? someone tolong motivate aku please . sangat perlukan bantuan .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...