Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla


gambar ni taken on 29.08.10 . lagi berapa hari je nak genap setahun . time ni kat dalam bilik kat rumah sewa aku kat pandan indah , kl . bersiap nak pergi kerja kat haliz studio sebagai deejay karaoke . pergh ! tengok background photo ni . berselerak bagai bilik . benda yang censored kat belakang aku tu abaikan je la ye . hahaha .

setahun yang lepas . aku enjoy . mana tak nya . kerja deejay . hari hari karaoke . memang dari sekolah dulu aku addict dengan karaoke ni . aku berkawan dengan artis . walaupun bukan artis yang top top . wan scoin . amir pearl . and ada la beberapa mat pacak yang selalu keluar tv . dorang lebih kurang macam regular customer juga kat situ .

setahun yang lepas . rambut aku bleached . haha . kawan aku , pisang yang bleachkan . dia memang terror bab bab diy hairstyle ni . rambut merah aku 2 tahun yang lepas pun dia yang buatkan . jimat belanja . masa ni juga aku tindik hidung , dress up kemas and takda lagi parut yang menyakitkan hati .

setahun yang lepas juga . aku sangat berpuas hati dengan figure dan berat badan aku . aku tak kurus . tapi tak terlalu gemuk . orang kata sedap sedap la . hahaha .

tak dinafikan tahun lepas aku banyak juga krisis . tapi aku agak carefree dengan benda benda kurang penting ni dulu . bukan aku tak ambil kesah dekat semua . cuma aku ambik pusing dengan benda benda yang aku sayang je .

apa lagi ye nak cerita mati akal sampai tertidur . hahaha . aku tulis entry ni pukul 8 pagi tadi . then tertidur sampai pukul 2 . hebat tak aku ? hahaha .

ok . aku rasa ni je kot pasal 2nd day challenge . gambar setahun yang lepas . cerita pasal gambar tu and kerenah setahun yang lepas . siapa nak join blog challenge aku ni boleh click : sini .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...