Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

challenge kali ni agak mencabar bagi aku . gambar paling gila / bodoh / hodoh . cerita pasal content gambar tu . hahaha . banyak sangat gambar gila / bodoh / hodoh dalam koleksi aku ni . hahaha . malu nak tayang pun ada . tapi sebagai kepala challenge ni . biar aku berlaku jujur . tak kisah la korang nak gelak ke apa . aku memang suka bagi orang gelak pun .

pergh ! rambang mata aku . terlampau banyak gambar meraban dalam koleksi ni . takpa . nak bagi puas hati aku bagi 3 gambar . semoga terhibur ~


gambar paling gila
taken on 10.08.10 . hahaha . dekat bilik kat rumah sewa pandan indah , kl . amacam ? macam bundle tak koleksi seluar jeans and hooded aku kat belakang ? haha .

ok . masa ni aku dengan bestfriend aku , ekin tak tahu nak buat apa . bosan . aku kerja malam . so siang tak tahu nak buat apa . last last aku keluarkan make up aku . mula mula sweet je masing masing make up . bila dah snap snap picture . masih bosan . so kami pun mula la menconteng . diy face painting kononnya . ni la hasilnya hahaha . amacam ? ada macam hero tamil tak ? hahah .


gambar paling bodoh
haha . amacam ? bodoh tak ? aku tak pasti bila aku bikin gambar ni . maybe around 2007 atau 2008 . hahaha ! tergelak aku tengok gambar ni . ni gambar paling bodoh aku pernah bikin ! hahaha ! time ni baru nak mengenal adobe photoshop . and aku takda guru yang nak mengajar aku . aku pun main try try je kat pc abang sedara aku . bila dah siap . aku tukar wallpaper pc dia dengan gambar ni ( konon nak tayang hebat la pandai edit ) . mampos aku kena gelak . budget hebat photoshop . padahal hancur ! wahahaha !


gambar paling hodoh .
gambar ni taken on 18.01.09 . ok . maaf untuk gambar yang kurang sopan ni . haha . gambar ni disnap oleh kawan baik aku ekin . masa ni kami check in hotel dekat lumut . sebab dia kantoi dengan family dia tak balik upm . haha . time ni masa dah nak check out . baru lepas guling guling atas katil . memang selekeh la . sarung seluar . dia snap . kurang ajar betul . dia nak balas dendam sebab aku pernah snap gambar dia dalam fitting room . but i dont mind . sebab aku masih simpan gambar seksi dan aksi kau dalam fitting room tu . fufufufu ( bersiul ) . hahaha .

sattle sudah 3rd day blog challenge . lega . haha . tunggu blog challenge esok pulak . bagi siapa siapa nak join blog challenge aku ni . sila click : sini .

1 comments:


  1. fuyoo.. terbaik ah kak syilla ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...