Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla


haha . perkenalkan . dari kiri , ila > aku > ekin . ni la 2 orang bestfriend forever aku . aku tahu gambar ni agak lawak . haha . apakan daya . kami jarang dapat bergambar bertiga .

gambar ni taken on 14.11.10 . dekat lubuk manggis . kami pergi camping sambil sambut birthday ekin . perhatian ! gigi kami masih cantik ok . ni gimmick je . salat salat chocolate cake kat gigi . amacam ? siapa ada bran nak comolot ? wahahaha !

aku mulakan dengan ekin . kami berkenalan masa tahun 2005 . dia ketua dorm aku . masa dulu . dia tak suka aku . sebab aku ni trouble maker . selalu menyusahkan orang . hehe . tapi apa bezanya dengan dia . dia prankster . hehe . habis je sekolah . kami terputus hubungan . jumpa balik masa ambik result spm . then terputus hubungan lagi . sampai la satu hari aku check email aku . ada email dari dia . lepas tu . kami plan untuk jumpa . lepas jumpa terus rapat sampai sekarang . banyak la suka duka aku dah tempuh dengan dia ni . gelak tawa nangis semua kongsi sama sama . kongsi duit pergi karaoke . kongsi chords guitar . semua dengan dia .

next ila . aku kenal dia tahun 2006 . dia kawan sepupu aku . kebetulan dia menyewa kat pandan indah . and kami mula berkawan . tapi tak rapat mana pun . habis je belajar dia kerja dekat penang and kami terputus hubungan . tahun lepas ( 2010 ) bila bapak aku belikan aku laptop . aku rajin la online . then ternampak dia online ym . aku pun minta la nombor dia . lepas tu . dia rajin turun kl . masalah kongsi sama sama . kalau bab ketawa . memang terpaksa kongsi . sebab dia ada cara sendiri nak gelak . menakutkan tapi lawak . hahaha . dia baik sangat . aku pernah tinggal dengan dia setengah bulan kat kelantan . dia sangat fun dengan gaya blurr dan tersendiri . haha . sama macam ekin gak . ada style sendiri macamana nak hiburkan aku . and dia sangat menjaga kawan kawan dia . sayang dia .

dorang ni sebenarnya saling tak kenal . tapi aku bukan jenis kedekut member . so aku satukan dorang . nasib baik dorang ni memang peramah . so senang nak satukan . akhirnya ! kalau kami bertiga bersatu . riuh satu kampong wo ~ macam macam benda nak sembang . macam macam benda nak share . macam macam benda nak melawak .

dorang la tawa tangis aku . i love both of them . tanpa dorang aku rasa hidup aku 23 tahun takda makna . susah sangat nak cari kawan baik macam dorang . sanggup susah senang dengan aku . sanggup menangis and gelak sama sama . aku sayang sangat dekat dorang . aku bersyukur ada dorang untuk aku . aku akan berusaha menjadi kawan terbaik untuk dorang macamana terbaiknya dorang untuk aku .

rindu dorang . sebelum aku tutup entry ni . aku nak share lagu and clip tema kami . enjoy !


ok . seperti biasa siapa nak join blog challenge . click : sini .

1 comments:


  1. haha.. comeyl2.. ^^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...