Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla


Malam ni aku tak dapat tidur . Mungkin sebab tak dapat online . ketagih mungkin . jam menunjukkan tepat 4.00 am . masih tiada tanda tanda mata ini bersedia menghadapi alam mimpi yang paling aku tidak nanti nantikan . entah kenapa . sejak dia pergi . aku sentiasa mimpikan dia . mimpikan kekejaman dia . walaupun aku sedar itu cuma mainan fantasi . di alam realitinya tak ubah seinci pun sakitnya bila dia hancurkan hati aku yang tulus menyintai dia . satu persatu kenangan kami mula terimbas .

Ke ipoh , ke manjung , ke kl , ke mana mana sahaja kami di ibaratkan macam belangkas . sentiasa berganding .

‘ jom pergi ipoh . ‘ dengan sekali ajakan sahaja . semua siap . bergerak la kami ke ipoh . di dalam kereta . kami berborak sambil melayan lagu dari siaran hits.fm . tiba tiba keluar lagu forget you dari cee lo green  . aku diam mematikan perbualan . mencuba untuk menyelitkan suara aku di sudut korus lagu tersebut . dia hanya diam mendengar aku begitu asyik melayan lagu kegemaran aku tu .

Sesampainya di ipoh . kami menghabiskan masa dengan window shopping di ipoh parade . itulah pertama kali aku lihat dia begitu bersemangat . ‘ aku nak survey harga . nanti balik jb aku dah tahu dah nak beli apa . ‘ aku tak tahu kenapa . aku begitu tertarik melihat dia bersemangat hari tu . setiap pergerakan , percakapan dia aku perhatikan dengan teliti . ‘ kalau kau . kau pilih yang mana ? ‘ aku mengangkat kening apabila ditanya mengenai peti ais yang lansung aku tak pedulikan dari tadi . ‘ tak payah la tanya aku . kalau aku , aku akan bandingkan harga dengan function dulu . ikut suka hati kau lah . barang kau . ‘ . ‘ ish ! kau kena pilih . nanti kau nak tinggal dengan aku juga kan . ‘ terkejut aku dengan kenyataan dia . entah bila aku pernah cakap aku nak tinggal dengan dia . tapi aku anggap itu pelawaan dari seorang kawan . tapi tipu lah kalau aku cakap aku tak tersentak dengan ayat terakhir dia tu . cuma aku cuba mengelak dari melesetkan fikiran aku ke arah yang tak sepatutnya . aku mula mengubah topik .

Selesai sudah window shopping . kami singgah di padang polo . di padang polo . kami berhenti di tengah padang sambil menghisap rokok . bergurau sambil memerhatikan keindahan cahaya hasil dari spotlight . aku pun tak berapa ingat apa yang dibualkan . tapi aku pasti . hari itu lah . bermula segala galanya . walaupun dia tak pernah tahu tarikh tepat aku mula curi curi perhati kerenah dia .

Lepas puas menghabiskan masa seharian . kami sepakat mahu pulang ke rumah . perlahan lahan kami berjalan dari tengah padang menuju ke parkir . ‘ cuba kau pegang siku aku ni . ‘ . aku tak menolak . sudah rutin kami bertepuk tampar selama ini . tak salah kalau berjalan berpegang siku . sumpah itu lah pemikiran aku masa tu . ‘ em . tak sesuai . ‘ suara yang sekali lagi membuatkan aku terkejut . ‘ apa yang tak sesuai . ‘ aku cuba buat buat tak faham . ‘ kau pendek sangat . cuba bayangkan kita berjalan kat red carpet . tak padan lah . ‘ . ‘ kau nak cakap aku pendek lah ni ? ‘ aku mula bergurau untuk menutup reaksi sebenar aku dengan jawapan yang mengganggu fikiran aku tadi . ‘ dah terbukti . ‘ jawab dia selamba . dan kami teruskan bergurau sampai ke kereta kia spectra milik abah dia .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...