Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla


Masih tak tidur lagi . 3.07 am . aku pasang windows media player . tiba tiba keluar lagu milikku dari kumpulan duta . aku teringat dulu . kau beria ria nak bagi aku dengar lagu ni . time gayut . sanggup kau pasang lagu ni and bagi aku dengar . kau dedicate lagu tu dekat aku .


Sedih wei . rasa nak menangis je bila teringat masa kau datang rumah aku . kau duduk dekat sofa berdepan dengan aku . kau nyanyikan lagu ni dengan penuh semangat . aku tergamam . aku rasa syukur sebab imaginasi aku jadi kenyataan . yes . imaginasi aku . pernah aku tengok video clip just the way you are by bruno mars . aku pernah mengharap ada seorang lelaki menyanyi dengan penuh bersemangat bagitahu betapa dia mahukan aku . aku tak pernah bagitahu kau pasal ni . tapi ternyata . imaginasi aku menjadi reality hari tu .


Lepas lagu tu . kau kenalkan aku dengan lagu cinta antara kita by duta and baizura kahar . sebab kononnya kau dah lama suka kat aku . tapi time tu aku tengah belajar kat shah alam . kita tak pernah berjumpa . tapi kau cakap . masa tu kau tengok gambar aku kat dinding rumah aku and myspace . aku tanya ‘ gambar ni ke ? ‘ sesungguhnya potret keluarga masa raya tahun 2007 menyerlahkan muka aku yang agak ketat . sebab masa tu aku tengah merajuk sebab ayah tak bagi aku ambik lesen . ‘ don’t judge my taste ‘ kau jawab sambil pointing ke arah aku . aku cuma mampu ketawa ja time tu . kau cakap kau pernah tanya syafiq aku dah ada bf ke belum time tu . aku tanya syafiq . tapi syafiq kata dia tak ingat sebab dah bertahun lama dah situasi tu .


Kau pernah cakap . time kau join bisnes mlm aku 2 tahun lepas pun sebab aku . aku tak ingat kali pertama kita berjumpa . tapi aku ingat . aku selalu mengusik kau . sebab kau sedikit lembut dulu . aku selalu mengusik pasal bontot kau besar . haha . tergelak sekejap aku teringat kenangan dulu . and aku perasan . setiap kali kita keluar makan . kau mesti duduk depan aku . tapi aku sikit pun tak tertarik dengan kau . aku cuma anggap kau macam kawan aku je dulu . mengusik kau adalah aktiviti yang seronok . hahaha .


Rindunya zaman dulu . aku harap kita tak pernah bercinta . mungkin kalau aku menolak untuk having relationship dengan kau . mungkin sekarang ni aku tengah mengusik kau and mungkin juga aku tengah mengadu masalah aku kat kau . macam selalu .


Teringat aku . dulu walaupun aku di kl dan kau di perak . boleh dikatakan setiap kali aku ada masalah atau bosan . aku mesti msg kau . takda la kerap . tapi kalau nak bandingkan dengan kawan lain selain ekin dengan ila . kau je la yang aku rajin mengadu masalah . masa aku bergaduh dengan indo . aku menangis nangis msg mengadu dekat kau . masa aku kat kelantan pun aku msg kau ‘ aku kat sini hari hari jogging . nanti aku balik perak aku dah kurus . mesti kau fall in love dengan aku ‘ . haha . takda niat lansung nak flirt dengan kau time tu . niat aku cuma nak mengusik seperti selalu . hakikatnya aku turun 4kg je setelah 2 minggu berjogging . tak kurus mana pun .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...