Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla


3.58 am . kali terakhir aku type diary ni . 15 minit yang lepas . aku ingat nak larikan fikiran aku dengan main game kegemaran aku ‘ plants vs zombies ‘ . ternyata aku gagal . aku teringat saat saat bunga bunga cinta kita mula berputik . aku banyak hilang ingatan lepas accident hari tu . tapi kenapa sisa sisa moment bahagia yang membawa kepada kehancuran hati aku ni aku ingat ?


Masa aku accident hari tu . 2 minggu aku tak ingat apa apa . aku tak koma . mak cakap aku celik . tapi macam dalam alam sendiri . meracau racau . mak cakap aku merepek repek minta air pepsi . bila mak aku cakap ‘ dah tengah malam . mana ada kedai buka ‘ aku mula membentak bentak ‘ jangan nak tipu lah . takkan beli pepsi pun tak mampu . orang tahu ada kedai buka lagi ‘ . ya Allah . sesungguhnya kalau aku sedar . aku takkan tergamak cakap macam tu dekat mak sampai dia menangis . bila aku cerita balik dekat ila . ila ketawa . dia kata ‘ betul lah tu . nampak la kau suka sangat minum pepsi . sampai meracau racau pun nak minum pepsi juga ‘ sesungguhnya . sebelum aku accident . setiap kali ke kedai . pepsi la pilihan aku selama lebih setahun .


Minggu ke 3 aku kat hospital . mak yang datang . untuk kali ke berapa aku tak ingat . 2 minggu pertama aku cuma ada ingatan beberapa detik je . mak yang tiba tiba tanya ‘ putera ada datang ? ‘ sambil senyum dekat aku . aku pelik . macamana mak yang boleh kenal putera . ‘ kenapa ? ‘ . ‘ saja la mak yang tanya ‘ sambil ketawa mak yang menjawab . aku pun pelik . beberapa hari lepas keluar hospital baru aku dapat cerita yang aku selalu meracau racau menjerit jerit nama kau . sungguh tak sangka . nampak sangat aku love kau sampai dalam keadaan tak sedar . kau masih ada dalam hidup aku .


Lepas keluar hospital . iyla ada cerita kat aku . beberapa hari selepas aku accident . kau bawa iyla dengan syafiq pergi hospital nak tengok aku . dalam perjalanan . kau asyik cerita kau rindu kat aku . kau cakap . kau tak sabar nak tunggu aku keluar hospital . tak sabar nak bawa aku naik wheelchair pergi jalan jalan . nak bahagiakan aku . nak bagi aku tersenyum . tapi kenapa wei ? kenapa wei ? kenapa lepas aku keluar hospital kau berubah ? kenapa kau ignore aku ? ya Allah . kalau la kau tahu betapa lajunya airmata aku mengalir sekarang ni .


Iyla juga cerita . hari tu . kau singgah beli bunga untuk aku . kau tanya iyla ‘ kau tahu kenapa aku beli bunga warna purple ? ‘ . iyla menggeleng . ‘ sebab syilla suka warna purple . mesti dia suka ‘ . lepas beli bunga tu kau tumpang simpan bunga tu kat dalam beg iyla . sebab takut ayah ada . puncanya sebab ayah pernah tolak kau masa kau cuba berbisik dengan aku kat hospital . tapi bila sampai hospital . ayah ada and kau selamba minta bunga tu dekat iyla ‘ ah ! bak sini iyla . lantak la apa nak jadi jadi la ‘ berani je kau bagi bunga tu depan ayah . sumpah aku tak dapat capture situasi ni . tapi aku tahu bunga tu dari kau . kalau iyla tak cerita dekat aku . aku pun tak tahu apa apa . bunga yang kau bagi tu . masih ada dalam rumah ni . cuma aku sengaja biarkan supaya aku tak ingat dekat kau selalu . hakikatnya . aku gagal sekali lagi .


Aku sedih sangat . hati aku meronta ronta suruh aku msg kau sekarang and bagitahu yang aku masih bersedih untuk perpisahan kita . tapi aku tak sanggup lukakan hati aku lagi bila kau ignore msg aku tu nanti . lagi satu . aku tak sampai hati nak rosakkan kepercayaan aina kat aku . aina baik . dia lagi derita dari aku disebabkan kau . akhirnya aku mengalah biar dia yang dapat kau . walaupun hakikatnya aku sangat mahukan kau seperti dulu . kenapa aku loser sangat aku pun tak tahu .


Dah beberapa kali aku putuskan nak lupakan kau . tapi setiap kali . aku gagal . pernah sekali . lepas aku balik dari kl hari tu . lepas aku tahu kau kembali mengayat jeyn lepas aku masuk hospital . sekembalinya aku ke perak . mak syamil menuntut aku berkongsi duit untuk sattle hutang kereta yang total lost tu . aku mengadu dekat kau . kau , syafiq and achik bawa aku pergi tasik utp . kau bersemangat menasihatkan aku time tu . aku terfikir . kalau lah kau cukup bersemangat nak sattlekan masalah relationship kita macam ni . mesti kita dah kembali bahagia macam dulu .


Balik je dari tasik . aku mengadu dekat syafiq pasal ni . syafiq kata ‘ putera sayang kau kot . masa kau dekat hospital dulu . boleh kata dalam seminggu tu , 4 atau 5 hari dia habiskan duit dia pergi hospital tengok kau . kalau dia takda duit pun dia tolong mak dia meniaga . petang dia dah gerak sorang sorang pergi hospital . ‘ . ‘ kau yakin ke dia pergi tengok orang . entah entah pergi keluar dengan aina ke ‘ . ‘ orang yakin sebab tiap tiap kali dia pergi sana . mak akan call orang tanya kenapa orang tak ikut ‘ . terdiam aku dengar jawapan syafiq .


Kami berbual panjang dalam kereta malam tu . ‘ masa kau dekat hospital . dia selalu cerita pasal kau . dia cakap dia sayang kau . sampai hampir kantoi dengan achik . achik tanya : kau couple dengan syilla ke ? tapi orang cover  : bodoh ke couple ? tapi kau selamba je kantoikan relationship ni dekat achik . ‘ aku diam . dalam hati aku tertanya tanya . kenapa perlu dirahsiakan ? syafiq teruskan ‘ masa kau dekat hospital . sanggup putera pinjam dslr orang masukkan gambar gambar korang supaya kau ingat balik dekat dia . tu kau tak ingat ? ‘ sumpah aku tak ingat apa apa . ‘ masa hari kau keluar hospital dulu . beria ria dia cakap dekat orang : wei . syilla nak keluar hospital weh . seronoknya ‘ . sekali lagi aku terdiam .


Balik tu aku buka account fb kau . aku belek belek inbox kau . aku terbaca conversation kau dengan syafiq . aku tak berapa ingat ayat korang . tapi aku ingat syafiq tanya . aku ingat tak kau bagi aku bunga tu . kau cakap ingat . tu pun sebab mak bagitahu . lepas baca tu . aku terus diselubungi rasa bersalah . aku tertanya tanya . aku ke yang hancurkan relationship kita ? sebab aku tak ingat lansung usaha kau masa aku kat hospital ? sebab aku bertubi tubi cakap kau dah berubah ? aku cuba minta maaf dekat kau . tapi kau tetap dingin . semakin hari aku semakin depress . aku semakin rajin menangis sorang sorang mengusap memujuk diri aku sendiri .


Aku semakin confuse bila aku teringat beberapa hari lepas aku keluar hospital . aku rindu sangat dekat kau . aku merayu rayu suruh kau datang rumah . tapi kau bagi alasan kau sibuk . sampai aku kena ugut baru kau datang . bila kau datang . kau duduk depan aku and cakap ‘ untuk ingatan dan kesedaran kau . kita cuma skandal je ‘ . aku terdiam . aku mula tunduk . serta merta aku sedih + marah . melihat aku tiba tiba berubah . kau cuba menerangkan sesuatu . tapi setiap ayat kau aku potong dengan tengkingan ‘ shut up ! ‘ .


Bila kau balik . aku rasa suram sangat . aku cuba ingat balik moment moment kita dulu . disebabkan aku ni banyak hilang ingatan . aku paksa diri aku kaji betul ke kita cuma skandal . tiba tiba aku teringat . satu malam . kita takda arah tuju . kau bawak aku pusing pusing taman . tiba tiba kau berhenti . ‘ aku dah habis fikir dah ni . semalam aku dah fikir masak masak dah . aku baru 19 . kau dah 23 . parents kau pun mesti nak kau kawen cepat . tapi aku muda lagi . harta pun takda lagi . so kalau mak bapak kau desak kau suruh kawen . kau kawen je dengan indo dulu . and aku yakin hubungan korang takkan lama sebab kau love aku . paling tinggi pun setahun je perkahwinan korang bertahan . lepas tu aku tak kisah kau ni janda ke apa . aku nikah dengan kau . aku tak kira ! ‘ . aku terkejut dengan statement kau . sebab aku tak pernah terfikir sampai ke situ . aku tak tahu macamana nak describe perasaan aku masa tu . untuk menyedapkan hati masing masing aku cakap ‘ relax . just enjoy the relationship ‘ . ayat yang selalu aku ucapkan bila aku cuba mengelakkan diri aku dari merancang lebih dari yang sepatutnya . bukan aku tak love kau . tapi masa tu . aku masih ingat aku masih ada lagi satu relationship . tapi terus terang aku cakap . sejak aku fall in love dengan kau . aku dah jarang fikir pasal indo .


Kau pernah juga pelawa aku kerja dekat Singapore . supaya aku akan sentiasa dengan kau bila kau pindah jb . aku cakap aku nak sambung belajar . kau sanggup koyakkan lembaran iklan surat khabar berkenaan ipt di johor . moga moga aku memilih untuk belajar di sana . kau ikut aku pergi carnival jom masuk u untuk sama sama memilih ipt yang ada dekat johor .


aku semakin kusut . kalau kau kata kita cuma skandal . kenapa kau bagi harapan yang kuat dekat aku ? kalau kau anggap aku skandal je kenapa kau berusaha untuk aku ingat kau balik masa dekat hospital ? kalau betul hubungan kita ni takda apa apa makna bagi kau . kenapa kau menangis call ekin bila kau dapat tahu aku accident ? kenapa ? kenapa ?

 

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...