Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

blog challenge day 5 ! dah 5 hari dah . kali ni challenge : .

kalau tengok entry encik klik . jawapan kami mungkin sama . tapi dia tetap lagi aneh dari saya ! haha .

tempat percutian yang paling aku suka . kalau kau orang belek label vaccaholic . korang dah boleh tangkap yang aku sangat suka pergi tempat tempat yang berunsurkan air dan angin . macam tepi laut . air terjun . sungai .

selain dari tu . aku asalnya suka sangat menikmati angin malam . tak kisah kat mana mana . tapi port yang paling best yang aku pernah jumpa : tepi laut and marina island ( sewaktu ketika belum crowded ) .

sangat terhibur dengan angin yang sepoi sepoi language . macam dekat pantai melawi , kelantan ( masa penghujung musim tengkujuh ). sangat layan . baring atas buai . staring at pokok kelapa . ya Allah ! macamana nak gambarkan perasaan aku ye . pernah sekali aku bersembang dengan kawan baik aku , ila . pasal keindahan malam kat pantai melawi ni . dia boleh gelak pulak tengok aku asyik suruh dia pandang pokok kelapa yang cantik tu . susah aku nak bagi orang faham macamana perasaan menikmati keindahan ciptaan tuhan tu . ya Allah . tenangnya .

bercakap pasal pantai lagi . tak sah kalau takda guitar and unggun api . masa camping dengan family + kawan kawan dulu . demam demam pun aku mampu duduk depan unggun api main guitar sambil perhati watak watak lain mandi laut tengah malam . nikmatnya .

kalau bercakap pasal tempat percutian yang aku teringin pergi pulak . aku teringin pusing satu dunia . aku nak tengok benda baru . aku tak kesah ke mana mana . tapi kalau dulu ke mana mana pun aku boleh survive sorang sorang . tapi lepas kehilangan cinta hati aku . aku tiba tiba tak teringin nak pergi mana mana pun . nak duduk rumah pun taknak . nak keluar pun taknak . dah tak boleh survive .

tapi kalau aku diberi peluang dan modal . aku akan pilih untuk ke kota london . aku nak tengok and rasa sendiri bangunan yang lama lama tu . macamana nak cakap ye . korang pernah tengok cerita jack the ripper tak ? lakonan favorite actor aku ( johny depp ) . bangunan bangunan dia unik . and cara dorang dressing pun lain ( dress lama ) . aku teringin ! aku teringin ! ya Allah aku teringin !

aku rasa sebelum aku teriak kaw kaw . baik aku stop dulu . hahaha . sesiapa nak join blog challenge ni . boleh click : sini .salam .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...