Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

hahaha . ok . untuk mengelakkan korang tertanya tanya apa itu blog dot dot dot . biar la aku jelaskan . itu adalah nama blog milik encik ezzie .

aku nak cerita sikit pasal blog dia ni . kira macam blog review la . tapi tak kot . sebab aku tak habis belek pun blog dia . banyak gila entry .

macamana aku boleh tergerak nak belek blog dia ? sumpah aku tak terfikir pun nak buat macam tu sebenarnya . cuma pagi tadi aku rasa bosan sangat sangat . aku main game plants vs zombies ( yang aku dah khatam lebih 4 kali ) . aku teringat . encik ezzie ada buat entry pasal kedai jual patung lembut karakter karakter plants vs zombies ni . so aku pun terjah la blog dia cari entry tu . ingat ada cerita kat mana lokasi kedai tu . hampeh takda .

bukak bukak je blog dia . pergh ! bersawang teruk ! hahaha . lama dah dia tak update blog . and bertuah la juga sebab entry plants vs zombies tu entry kedua terakhir dia . lepas usha usha patung yang comel comel tu . aku scroll . aku baca lagi entry entry dia .

lama lama aku jadi ketagih ! cara penyampaian dia fun ! aku terhibur . ada la beberapa entry yang bagi perut aku vibrate tahan gelak . ketagih gila nak baca . and ada jugak la entry yang aku dah pernah baca . aku tak ingat pulak dia yang tulis entry entry tu . macam korang tak tahu lak aku suka random blogwalking .

sebelum ni dia selalu mention pasal lagu blow me a kiss . tapi aku tak cari pun lagu tu . buka blog dia baru la aku dengar lagu tu . takda la addicted sangat lagu tu . aku bertahan je berjam jam repeat lagu tu masa belek blog dia . hahaha . tak sangka kau ni sentimental jugak layan lagu macam tu . geli tahi telinga aku dengar .

entry yang paling aku suka : tutup aurat la weh , bila korang bosan , domo?? apekah.. banyak lagi la . penat aku nak amek link satu satu . lemak la nak aku link kau punya entry banyak banyak . tak cukup ke lemak tepu yang kau kumpul kat perut and pinggul kau tu ? yang penting aku terhibur dengan kebanyakan entry dia . ada lagi yang lagi best dari 3 ni . belek sendiri la kalau nak baca .

ada juga entry dia yang berciri informatif macam bahaya seorang blogger, guitar lesson...romanza and banyak lagi la . tapi yang paling aku suka : loghat orang perak . sebab aku duduk kat perak pun tak guna loghat loghat tu . and teringat waktu kecik kecik balik kampung aku kat parit , perak . arwah opah aku suka guna loghat loghat tu . teringin dengar encik ezzie punya loghat . mesti piow ! hahaha .

and photo paling berjaya buat aku gelak dari blog encik ezzie ni tadi :


wtf weh !! hahaha . sumpah sekarang ni pun aku tengah sengih sengih tengok gambar ni . hahaha .

sebelum aku habiskan entry ni . aku nak claim plants vs zombies aku ( seperti biasa ) sebagai tanda penghargaan aku dah angkat blog bersawang kau tu . aku ikhlas buat entry ni . takda siapa siapa suruh paksa pun . tapi alangkah indahnya jika kau juga ikhlas tunaikan permintaan aku ni secara rela . wahahaha !

and thanks sebab kau bukan je penghibur aku kat fb . kat dalam entry pun kau dah hiburkan aku . thanks buncet !

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...