Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

click untuk info contest
ok . dimulakan dengan bismillah . introduction . aku anak kedua dari empat orang adik beradik . aku seorang je anak perempuan .

bila cakap pasal zaman kanak kanak . banyak jugalah kebodohan yang pernah aku and adik beradik aku buat dulu . jom baca jom .

1 . masa aku kecik aku tinggal dekat melaka . duduk dekat bukit peringgit . kat sebelah rumah ada kubur . BANYAK ! kalau nak pergi kedai ke pergi sekolah ke . kena jalan kaki . and aku ni terkenal dengan sifat penakut tahap dewa ! satu hari mak suruh pergi kedai . aku pulak sangat malas nak ikut jalan jauh . so lepas fikir fikir fikir . akhirnya aku decide nak redah je kubur tu . kejadian ni berlaku time siang . mula mula bukak pagar kubur confident je . lepas jalan 2 3 langkah . tiba tiba muncul perasaan lain macam . hati berdebar debar walaupun hari cerah . perut tiba tiba kecut je . tak tahu la kenapa aku ni penakut sangat . then tiba tiba terpandang seekor anak cicak tanah . aku terkejut macam nak terbang je melompat . haha . apa lagi . lari sekuat hati . main selok selok je kubur kubur tu . keluar je dari pagar kubur tu budget steady tengok ada orang yang kat depan surau pandang aku dengan penuh rasa aneh . serious muka mereka macam tertanya tanya . tapi aku buat bodoh je buat muka bongkak lalu depan dia orang . hahaha . tebal muka aku .

2 . di rumah yang sama . aku dengan adik beradik aku ni ganas . kalau bergaduh tu memang kaki tangan semua naik lah . aku sebagai perempuan pun boleh tahan . kena defense diri sendiri kalau bergaduh tu . satu hari . aku bergaduh dengan adik kesayangan aku ni , syafiq ( time tu tak sayang ) hahaha . gaduh berlawan lawan mulut . last last dia capai wisel bapak aku ni ( bapak aku polis confirm la ada wisel ) . dia libas kat muka aku . rasa kebas je batang hidung aku . then aku senyap ( tak tahu la kenapa aku tak melawan ) . aleh aleh aku rasa macam ada peluh mengalir kat muka aku ni . aku lap la . sekali aku tengok tangan aku ada DARAH ! omg ! huuuuuuuuuuuwaaaaaa ! aku menangis kaw kaw kat situ . patut la syafiq diam je time tu . takut lah tu . hahaha .

3 . masih di rumah yang sama . siapa pernah ada cacing ? ala . standard la budak budak suka main tanah ( cover ) . hahaha . masa aku darjah berapa ke . tak ingat . aku dijangkiti cacing . oh man . jijiknya . then mak aku ni bawak la balik cecair yang kena sumbat ikut bontot tu . ( mak kerja hospital ) . berdolak dalih aku tak nak kena cucuk kat bontot . last last bapak aku pegang aku . mak aku pun mulakan kerja kerja pembentungan kat bontot aku ni . dia cucuk dia picit benda alah tu . terus rasa nak terberak . mencicit berlari la aku pergi toilet . hahahah . clear isi kandungan semua . cis ! hahaha .

4 . ok. kali ni berpindah ke rumah lain . masih ganas ganas . aku dah start main gusti gusti dengan syafiq . main tumbuk tumbuk tolak tolak tepis tepis . kebetulan masa tu sofa kami berangkakan besi . tengah sedap sedap bergusti . aku TERtolak kepala syafiq dengan rakusnya kat rangka sofa tu . cuba teka apa jadi ? hahaha . satu daripada gigi arnab dia berkecai kat situ juga . tapi bukan semua la . separuh je . kami pun terdiam ! syafiq pandang gigi dia yang bertabur tu . tiba tiba . huuuuuuuwaaaaaa ! dia pulak menangis kaw kaw ! hahaha . ehm . to readers yang kenal syafiq . kalau nampak gigi dia sompek tu aku la yang buat . hahaha .

em . kenapa aku rasa banyak kebodohan aku asyik dengan syafiq je ? oh ye . time aku kecik abang aku ( norhan ) asyik lepak dengan kawan kawan dia je . and adik aku yang last ( baby ) still kecik lagi time tu . banyak lagi sebenarnya kebodohan yang aku and syafiq pernah buat sebenarnya . banyak ! terbunuh ikan laga ( ni semua orang tak pernah tahu . aku senyap je dari dulu sampai sekarang ) , aku dengan syafiq salai cicak , aku buat note nak lari rumah guna lipstick mak kat cermin meja solek , aku paksa syafiq pakai skirt and tudung , syafiq terpijak kaki aku sampai kuku tercabut . macam macam la . karang kalau aku cerita semua takut ada orang bosan pulak baca panjang panjang . so kalau ada siapa siapa nak tahu cerita penuh boleh request ok . hahah .

thats all . aku nak tag : klik khairul , huzaifi hasnul and cik fethi . teringin nak baca cerita kau orang pulak .


1 comments:


  1. contest nie dah tutup ke ??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...