Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

aku selalu dengar orang cakap . jangan la ambik hati . marah tandanya sayang . betul ke ? korang rasa ? dari personal thought aku . aku rasa ayat ni nak menyedapkan hati orang yang kena marah tu je . sebab bila aku kaji kaji . aku susah nak marah orang yang aku sayang walaupun dia buat kesilapan yang besar . walaupun aku ni boleh kata baran juga lah .

bagi aku . kemarahan boleh terjadi disebabkan benda benda ni :

1 . menyampah / hilang sabar : bila dah tegur banyak banyak kali . still buat juga . contohnya . bila orang yang kita sayang tu buat benda merepek . lepas kita tegur / nasihat banyak banyak kali dia taknak dengar . menyampah tak ? bila dah sampai tahap menyampah tu . apa lagi . segala yang ditapis tapis keluar la .

2 . tak dihargai : bila orang yang kita sayang tak hargai kita . sedih tak ? sedih la kan . semua orang tak suka kalau tak dihargai oleh orang yang tersayang . so bila dah tahap kesedihan yang maksimum . sesetengah orang terpaksa meluahkan kesedihan tu dengan cara memekik mekik . logik tak ?

3 . rimas : aku bagi contoh sepasang couple . si awek ni hari hari uji si pakwe . rimas tak ? rimas tak ? sesetengah lelaki ambil keputusan tinggalkan je awek tu . tapi sesetengah lelaki mesti dah maki hamun awek dia tu sebab tak tahan rimas .

4 . penat / tak memahami : contoh kalau aku penat . orang sekeliling ni pulak tak faham faham yang aku memerlukan ketenangan . lagi nak merunsingkan keadaan . memang kena sembur la .

5 . ditekan tekan : cuba korang bagi tekanan dekat belon . tegang tak belon tu ? sampai satu tahap pecah tak belon tu ? hati manusia pun sama macam tu jugak . senang bengkak bila kena tekanan bertubi tubi . bila dah bengkak . mula la nak marah marah .

6 . dipermainkan : yang ni aku rasa aku tak payah nak terjemah kut . semua orang tahu macamana perasaannya kalau dipermainkan . hasilnya . hypertension . betul tak ?

tu 6 situasi yang menyebabkan kemarahan . ada lagi beberapa situasi yang mungkin aku terlupa . aku tak nafikan juga . ada sebab lain yang positif yang buatkan kita marah dekat orang yang kita sayang . contohnya risau and and and and and and and and tu je kot . tak dapat fikir . but still bagi aku . marah bukan tanda sayang .

cuba fikir . kalau kita marah orang yang tiba tiba langgar kereta kita . tu sebab kita sayang dekat si pelanggar tu ke ? hahahaha .

ada yang nak bidas ? siapkan entry korang then tinggalkan link . salam .

1 comments:


  1. kak syilla:( lojik ke bf tengking gf ha...? sbb tye soalan time die tgh marah...padahal tak tau pun die tgh marah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...