Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

setelah lama tak blogging . hari ni aku rasa nak kongsi satu benda dengan korang . pasal adab . aku rasa tak perlu aku terangkan . aku rasa semua orang sangat jelas dengan adab . semua dari kecik dah di ajar pasal adab . betul tak ?


untuk memudahkan kefahaman korang . korang mesti boleh bezakan orang yang beradab dan tak beradab . ergh ! susah pulak aku nak sampaikan . so untuk memudahkan lagi biar aku bagi beberapa contoh orang yang tak beradab yang aku jumpa 2 3 hari ni .


situasi :

1 . aku tengah berbaris nak punch card . tiba tiba datang seorang kenalan . kemain laju je dia potong line . walaupun aku kenal dia . tapi aku terfikir . mana pergi adab dia ? lansung takda rasa bersalah .

2 . ada pekerja kontrak baru ( nepal ) masuk tempat kerja . dah tentu tentu dia tak faham bahasa malaysia . yang senior senior aku ni boleh pulak maki dia ( tanpa sebab ) dalam bahasa malaysia then gelak ramai ramai . walaupun nepal tu tak faham . tapi mesti dia terasa . mana pergi adab mereka ?

3 . lagi kes di tempat kerja . ada beberapa supervisor yang aku perhati . maki maki orang bawah dia . ok . dalam kes ni aku boleh terima kalau orang bawah dia sengaja skip kerja . actually memang ramai juga la yang suka skip kerja kat tempat aku ni . sebab kerja memang berat . tapi berbaloi la dengan gaji . berbalik pada point aku . bila aku pulak kena maki . aku terfikir . supervisor ni ingat semua pekerja dia tak habis sekolah ke tak boleh fikir ? yes . aku juga buat salah . tapi bukan sengaja . tapi aku cuai . semua orang pernah buat silap . cuai . siapa yang tak pernah cuai ? tapi cara dia tegur . macam aku ni hina sangat . come on . semua manusia tak layak dihina . mana pergi adab dia ? kalau dia pulak kena maki dengan manager . apa perasaan dia ? and aku sangat faham . supervisor dibayar untuk jaga and betulkan orang bawah . tapi itu bukan lesen untuk memaki orang . semua orang ada maruah . tambah bila seseorang tu buat kerja dengan jujur and kesilapan berlaku berpunca dari kecuaian .

4 . lagi satu kes yang buat aku rasa menyampah . apa perasaan kau orang kalau kau orang tengah menyapu . tiba tiba dengan muka selamba ada orang pijak sampah tu ? mula mula aku tengok hari hari ada orang menyapu ada orang pijak . yang pijak tu kawan sekerja pulak tu . menyampah gila aku tengok . sampai turn aku pulak menyapu . berapi gila bila dia orang pijak . mana pergi adab dia orang weh ?

5 . rokok . ok . aku tahu benda ni sensitif sikit . tambah bila perempuan yang merokok . yes . aku pun merokok . tapi kalau kat kedai makan tu . tunggu la orang kiri kanan tu habis makan dulu . fine . sesetangah orang tak kisah . tapi ada juga orang kisah . aku pernah kena sound sekali kat sini . and salah aku . and aku dah minta maaf .

6 . lagi pasal rokok . kalau dah tahu orang kiri kanan tu tak hisap rokok . jangan la dok sembur asap rokok korang kat muka dia . kat baju dia pun jangan . kalau boleh asap rokok tu sembur kat atas atau bawah meja je . tolong la hormat sikit orang yang tak hisap rokok ni .


aku tahu . sesetengah orang anggap benda ni remeh . tapi bagi aku benda ni sangat serious . adab ni menunjukkan cara kita menghormati orang . kalau kita tak hormat kat orang . macamana kita nak espect orang hormat kat kita ? kurang ajar tahu tak ? kurang ajar ni sinonim la dengan tak beradab . menjengkelkan .

last but not least . aku takda tujukan kat siapa siapa benda ni . tapi aku harap siapa yang terbaca ( yang kurang adab ) tu . tolong la ada kesedaran dan kemanusiaan sikit . tolong berhenti menjengkelkan orang sekeliling !

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...