Post info

Labels:


Comments 0


Author: syilla

Salam and selamat sejahtera . Hari ni aku nak kongsi tajuk seperti di atas . enjoy ~

Dengan bismillah . Aku nak mulakan dengan soalan . Betulkah cinta itu buta ? Ramai yang suka guna ayat ni . Tapi korang betul betul maksudkan ke tak ? Punca orang sekalu guna ayat ni bila :

1 . Boyfriend tak educated / kerja cikai .
2 . Girlfriend / boyfriend perangai buruk .
3 . Girlfriend / boyfriend berlain bangsa / agama / keturunan / darjat .

Betul tak ? So im going to be straight foward .

Sebelum ni aku ada tanya unknown dari page aku . Apa ciri ciri lelaki idaman . Dorang jawab ' JUJUR ' . Ciri penting adalah jujur sebab susah nak cari lelaki jujur sekarang ni . Sounds like true . But !

Kalau lelaki jujur muka macam di bawah ni nak kat korang . Korang nak terima ?


Puih ! Tipu la kalau korang kata korang terima . Melainkan dia lelaki terakhir kat bumi ni . Itu pun fikir masak masak dulu . Betul tak ? So adakah korang masih beranggapan cinta itu buta ? Pandai pandai la fikir balik .

Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya . Lepas aku kaji kaji . Cinta tu tak buta sebenarnya . Tapi membutakan . Why ? Ok berbalik kepada 3 faktor tadi :

1 . Boyfriend tak educated / kerja cikai .
2 . Girlfriend / boyfriend perangai buruk .
3 . Girlfriend / boyfriend berlain bangsa / agama / keturunan / darjat .

Bila korang jatuh cinta . Korang akan start perasan kekurangan / kelemahan / keburukan pasangan korang . Then sebab korang nak juga bersama dia . Korang butakan hati korang terima je .

Lagi satu sebab aku cakap cinta itu membutakan . Korang akan sering salah menilai . Aku bagi satu contoh situasi ( kejadian sebenar ) :

Aku ada seorang kawan bernama kassim ( bukan nama sebenar ) mengadu kat aku . Dia suka kat kawan baik aku , lily ( juga bukan nama sebenar ) . Tapi lily kononnya tolak cinta dia ni sebab dia ada sugar daddy . Blablabla . Kassim juga cerita yang dia tak pernah bercinta sebab dia tak pernah bagi mana mana perempuan singgah kat hati dia . Punca ? Sebab dia pernah anggap semua perempuan mata duitan ( pandang lelaki berharta / berduit ) . Then aku tanya kenapa dia boleh minat dekat lily ? He answered . Sebab dia tengok lily ni lain . Tak macam perempuan tu .

Tergelak aku dalam hati . Nampak tak ? Kassim dah dibutakan oleh cinta . Dia jadi tak pandai menilai . Apa yang aku cuba sampaikan kat sini . Kalau lily tu tak pandang harta / duit . Kenapa dia mesti ada sugar daddy ? * Sambung gelak .

Ada lagi macam macam situasi . Aku rasa aku tak payah nak bagi banyak banyak . Korang nilai sendiri .

Thats all for now . Thanks for reading . Feedback sangat dialu alukan . Kalau ada yang berlainan pemikiran . Sila siapkan 1 entry untuk membidas and tinggalkan kat shoutmix or comment . And kalau ada cadangan tajuk untuk saya kaji . Sila ajukan . I will be honoured untuk mengkaji .

Salam again and END ~

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...