Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

sejahtera ke atas pembaca ~

sejak kebelakangan ni aku rajin sangat online facebook ( siapa je yang tak rajin kan ? ) . aku selalu terbaca post post yang agak mengganggu kepala otak aku . aku tak faham apa masalah dorang ni . ok la aku bagi 1 contoh ayat dorang :

" alahai . muka kalau cantek takpa . ada hati nak ada bf handsome . "

what the ~

aku tak faham apa yang menyakitkan hati sangat bila dia jumpa orang yang tak cantek couple dengan orang handsome . and by the way . ayat tu tak tuju kat aku pun . cuma aku rasa ridiculous betul dengan pemikiran macam ni .

orang kata ni kebebasan bersuara . tapi aku kata ni bullshit . sebabnya ? sebab aku rasa bila kita cakap pasal keburukan fizikal seseorang tu . kita dah declare menghina dah . sebab mana ada manusia yang tak nak dilahirkan cantek ? cuba la hang lahir lahir muka senget . apa hang rasa ? pikiaq la wei .

ada juga status status yang bercakap pasal keburukan perangai seseorang tu . yang ni aku tak terganggu sangat . sebab kalau cakap pasal perangai . benda tu boleh diubah . mana tahu bila korang bagi ayat sinis kata perangai macam ni tak betul perangai macam tu tak betul boleh bagi kesedaran kat orang sekeliling . but depends pada niat juga . kalau niat nak menegur takpa . kalau niat nak memalukan orang ? tu aku takmau cerita . tu antara korang dengan tuhan . pandai pandai pikiaq . benda tu ada baik buruknya . tapi kalau korang bercakap pasal fizikal orang lain . ingat balik la siapa yang bagi muka hang cantek .

and ada pulak status nak mengkritik takdir orang . contoh :

1 . muka macam tembikai jatuh kat lantai . berangan nak kawen dengan matluthfi .

2 . alahai . suami mat surau . bini tiap tiap minggu ladies night .

sesungguhnya jodoh tu bukan di tangan kita . and berhenti la menghina fizikal orang lain . kalau hari ni kita hot stuff . mana tahu esok lusa kita accident muka jadi serupa jamban tak siap ke . and kalau hari ni kita dok kata orang ni tak padan dijodohkan dengan orang jahat . mana tahu esok lusa suami / isteri kita sendiri yang buat benda tak senonoh ke apa . dok persoal takdir tuhan buat apa ?

and izinkan aku bagi tauladan pasal diri aku sendiri .

dulu aku selalu gelak bila kawan aku cerita pasal seorang makcik ni menguap sampai rahang dia jatuh . kawan aku ni siap buat aksi makcik tu bercakap explain kat doktor yang tak faham apa yang makcik tu cuba sampaikan ( rahang dah jatuh kan ) . setiap kali aku gelak kaw kaw sampai keluar air mata . and akhirnya masa aku accident tu . tulang rahang aku patah . kena pakai clip besi dah . hasilnya . senyum aku dah tak semanis dulu dah .

see . tuhan nak tarik sekejap je . hina la orang lagi ye .

sebelum aku akhiri entri ni . aku nak petik kata kata seorang vblogger terkenal , matluthfi .

" dan agak malanglah kepada orang yang disukai ramai semata mata hanya kerana kecantikan fizikal dia sahaja . bukanlah saya nak kata kecantikan fizikal ni satu benda yang tak bagus . cuma dalam kita menjadi cantik physically , ingat lah bahawa benda ni hanya sementara . dan yang akan kekal cantik sampai bila bila ialah peribadi yang baik . "

sekian ~

1 comments:


  1. sebenarnya status status menghina tu semua attention seeker. :) ishhh..senyuman anda still maniss..kalo jd feminin ag suree maximum manisss~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...