Post info

Labels:


Comments 1


Author: syilla

assalammualaikum .

tudung dan rokok . apa yang aku cuba sampaikan ? kalau matluthfi ada buat vblog pasal rokok dan kopiah ( klik untuk usha ) , aku pulak tudung dan rokok . tunggu dulu ~ mungkin tajuk nak dekat sama . tapi apa yang kami cuba sampaikan ternyata kontra .

pernah nampak tak perempuan bertudung yang smoking ? atau pernah tak terjumpa mana mana gambar berkenaan kat laman laman sosial ? rasanya kalau tak pernah disaksikan mata sendiri pun mesti ada terdengar pasal fenomena ni .

feedback majoriti yang pernah nampak perempuan tersebut mesti ' kalau nak merokok pun buka lah tudung tu . ' . ayat ni buat aku terfikir . perempuan bertudung hisap rokok tu memang la nampak tak manis dan sebagainya . tapi tahu tak yang bila kita suruh dia buka tudung tu maksudnya sama dengan kita menyuruh dia membuat dosa ( tayang aurat ) seiring dengan melakukan benda yang tak enak dipandang masyarakat ( perempuan merokok ) ? renungkan sekejap . apa guna ADAT DIJUNJUNG TAPI AGAMA DIPIJAK ?

feedback lain yang popular ialah ' dah pakai tudung , merokok pula . memalukan islam je . ' . aku nak tanya . kenapa perempuan saja yang boleh memalukan islam bila merokok ? lelaki islam merokok tak memalukan agama ? setahu aku perbezaan dosa perempuan dan lelaki hanya pada :

1. aurat .
2. kuota perkahwinan .
3. imam ( perempuan tak boleh mengimamkan lelaki ) .
* SETAHU AKU . kalau ada lagi yang aku tak tahu sila bagitahu .

aku nak bagitahu kat sini . ya ! memang aku seorang perempuan , aku seorang perokok dan aku seorang yang tak sempurna imannya . tapi setiap yang aku sampaikan kat sini bukan untuk membela diri . cuma untuk menyedarkan yang perempuan merokok tu tetap tak molek tapi ia tak seteruk membuka aurat . jadi kenapa mahu menambahTERUKkan perokok bertudung tu ?

izinkan aku suarakan benda yang semua orang dah tahu tapi otak sesetengah orang masih belum berfungsi ke arah itu :

" tiada manusia yang imannya sesempurna nabi Muhammad . "

zaman sekarang ni semua manusia bermasalah . bezanya cara kita berfikir dan meluahkan serta menegur . kalau hari ni kita dibataskan menegur atas alasan ' kau pun bukan baik sangat . ' . jadi manusia mana yang layak menegur ? sedangkan imam pun boleh cabut kopiah ( kata orang ) . dan kalau tiada yang berpesan pesan , apa jadi ? fikir fikirkan lah .

dan jangan kita menghina kejahilan seseorang tu sebab kita pun ada kejahilan kita masing masing . fikir dulu sebelum bercakap . suruh perempuan buka tudung sebab nak tutup kejahilan perempuan tu ? tapi yang menyuruh dia buka tudung tu tak jahil ? * jawab dalam hati sudah .

- end .

1 comments:


  1. Cutting down your cigarettes?

    Saya ada cara utk berhenti merokok dgn mudah. Harga rokok pun dah melambung2. Baik guna duit tu utk beri reward pada anak2 ke, utk bawa isteri candle light dinner ke, htr mak ayah g umrah ke, derma kat tahfiz ke, bayar zakat ke.....kan....

    So, siapa nak berhenti merokok boleh contact saya 01137007328 Azah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...