Post info


Comments 0


Author: syilla

salam semua . sebelum apa apa saya ingin memohon maaf kalau entry ni bakal mengguris perasaan pembaca . And sebagai peringatan : entry ni mungkin agak panjang dan menguji kesabaran pembaca .

seperti yang semua sedia maklum . hari ni berlaku banyak perbalahan , pergaduhan , carutan , caci makian di fb malahan blog berkenaan mcd . Dan sekarang saya terpanggil untuk meluahklan perasaan marah + sedih + kecewa saya .

saya tahu ramai kenalan saya sedia maklum yang saya ni peminat tegar double cheese burger keluaran mcd . setiap bulan akan ada status @mcd di fb saya . And terus terang pada awalnya saya sedih sebab ramai yang menyeru untuk memboikot mcd .

pada asalnya saya memang bercadang nak bangun awal beratur untuk dapatkan egg mcmuffin saya tu . tapi disebabkan banyak tersinggung di fb menyebabkan saya hilang selera terus nak makan kat mcd .

saya bermonolog sepanjang hari mencari sebab kenapa saya tak boleh makan egg mcmuffin tu . serious saya berperang dengan diri sendiri sampai hilang terus selera nak makan egg mcmuffin tu .

walaupun saya dah taknak egg mcmuffin tu . saya masih rasa tak senang hati bila online . saya cepat terguris dengan status and comments mereka mereka . sanggup memaki hamun , mencarut carut kepada saudara sendiri . saya sangat faham ini pendekatan untuk menyedarkan and menyeru untuk memboikot israel . tapi kenapa peperangan di negara sendiri perlu diwujudkan untuk mematikan peperangan di negara orang ? ya . orang akan kata " apalah sangat berperang mulut dengan kekejaman israel tu . " . ( amaran : ayat seterusnya agak kasar ) . israel tu kapio ! dia berperang dengan berlainan agama . kita ni sesama islam nak berperang caci makian kenapa ? tak malu ke ? sedar tak lidah ni merupakan senjata perpecahan kaum dan agama kita ? sepatutnya kita menggunakan senjata islam ( lidah untuk berdoa ) bukan dengan tak sedar dirinya menggunakan lidah untuk bergaduh .

lepas rasa kecewa dengan peperangan mulut di antara kita di fb . saya jumpa ni pula :


" Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong.


Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:

- Google pun support Israel, boikotlah!
- FB pun sama, boikotlah!
- McD M'sia halal dimakan, kenapa nak haramkan pula, bodoh!
- McD kan dah keluarkan kenyataan tidak ada kaitan tu, percayalah sangat berita Aqsa Syarif tu. Mengarut dan tak ada bukti pun!
- Boikot macam ini takkan menolong apa-apa pun lah! Lebih baik derma dari boikot!
- Israel tak terjejas pun dengan boikot McD!

Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. 

Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali.

Saya belek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut:

"Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu. 

1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa.

2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka )

3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh.

4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin."

Ada kata-kata yg menarik dari beliau:

"Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!"

So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot' mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata. c/p "



ya ! saya 100 % menyokong usaha korang untuk memboikot tu . and dah terbukti dengan usaha pejuang mahatma gandhi dapat membebaskan mereka dari penjajahan . apatah lagi kalau kita islam memperjuangkan saudara dan agama kita sendiri dikira berjihad . asalkan kita berjuang habis habisan walau sehingga syahid sekali pun .

persoalannya di sini sanggup ke manusia manusia yang memaki hamun ni berjuang habis habisan memboikot semua produk israel termasuk google yang digunakan student dan pekerja untuk buat research dan fb yang menjadi medium komunikasi antarabangsa terhangat sekarang ni ? sanggup ke kita menghalang adik beradik , saudara mara atau mungkin ibu dan ayah kita dari bekerja bekerja di bawah syarikat israel ni ? sanggup ke kita memufliskan pakcik makcik , ayah ibu , saudara mara yang menjalankan perniagaan di bawah syarikat israel ni ? sanggup ke ? sanggup ke saya ? soalan ni saya tanya diri saya berjam jam dari tadi ? * jangan jawab di mulut . jawab di otak dan hati .

saya tahu akan ada suara suara " at least aku dah boikot salah satu produk israel . " . soalan baru akan muncul . inikah yang dinamakan berjuang habis habisan . maaf . saya bukan memperlekehkan usaha anda semua . cuma saya mempersoalkan kenapa harus bergaduh sesama saudara untuk isu memboikot mcd padahal maki hamunnya tak sama dengan orang yang masih menggunakan fb and google wahai encik dan cik pandai sekalian . got my point ?

and ditegaskan di sini saya bukannya cuba mempertahankan produk kegemaran saya ( mcd ) apatah lagi menjadi ahli anti boikot ni . saya rasa semua dah cukup bijak untuk rumuskan main point saya :

- isu caci maki , bergaduh sesama saudara .
- isu perjuangan .

sebelum saya habiskan entry ni sekali lagi saya nak memohon maaf kalau saya mengguris hati sesiapa . dan saya menyeru kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan semua umat islam di dunia ni tak kira di mana saja . maaf sekali lagi ....... salam .....

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...