Post info


Comments 0


Author: syilla

sejahtera ke atas kamu .

seperti biasa . aku tak tahu nak mulakan intro . aku cuma nak bercakap mengenai kredit . bukan kredit top up . tapi kredit penghargaan . sebab sejak kebelakangan ni aku rasa kurang diberi penghargaan yang sepatutnya . atau aku yang mengharapkan kredit yang lebih dari yang sepatutnya ?

ceritanya bermula dalam 2 bulan yang lepas . seorang kenalan aku am ( bukan nama sebenar ) yang juga regular customer kat tempat kerja aku minta tolong aku untuk edit sijil . dia kata sijil sijil dia semua tertinggal atas kapal masa dia kerja atas kapal dulu . so dia ambil sijil kawan dia suruh aku edit kepada nama dia . aku pun tolong la . mula mula aku tak mengharapkan apa apa pulangan pun . kalau biasanya aku tolong orang hal hal computer ni pun aku minta puluhan ringgit je . serious kerja mengedit nama dia tu sangat kacang jadi aku tak minta apa apa . tapi dia sendiri offer nak bayar aku rm200 dan biasa la aku ni kerja gaji rm800 je pun . aku pun senyum je la sebab taknak tolak rezeki . tapi dia kata kena tunggu dia start kerja . dia juga cakap nak tolong aku cari kerja lain yang gaji masyuk sikit . time tu aku rasa sangat dihargai . selalu dia datang bawak buah , air and macam macam la . aku rasa bersyukur sebab walaupun dia tak dapat kerja tu lagi ( sampai sekarang . sebab projek belum masuk katanya . ) aku rasa dia tak payah bagi aku rm200 tu pun takpa . sebab aku rasa dia betul betul menghargai pertolongan aku walaupun sebenarnya hal kecik je .

kemudian 2 minggu lepas aku dipanggil interview sebagai kerani qc dengan bantuan boyfriend aku . tapi malangnya aku direject sebab telinga kanan aku ni bermasalah . si am ni dapat tahu aku senang je dapat pergi interview kat situ . dia pun minta tolong aku pas resume bakal adik ipar dia kat company tu . aku pun tolong la lagi . actually am ni dah pernah kerja kat company ni . so hari yang sepatutnya ( pagi tadi ) bakal adik ipar dia tu kena la datang interview and dia temankan . aleh aleh superintendent yang ambil orang orang yang nak interview tu kawan baik dia ( kata dia la ) . superintendent tu cakap confirm bakal adik ipar dia tu dapat kerja. jadi si am ni pun tinggalkan la bakal adik ipar dia tu sorang sorang pergi interviewdan terus ke tempat kerja aku .

bila aku masuk shift je am cakap kat aku " superintendent tu kawan baik aku . dia kata confirm dia bagi adik ipar aku lepas . " dengan bangganya . aku tak tahu kenapa aku kurang senang dengan statement dia tu . aku cuma balas " bukan dia yang interview pun . dia tukang ambik orang masuk gate je . " . macam macam muncul kat kepala aku ni . macam macam rasa kat hati aku ni . okay . aku cuba listkan ya :

- kalau superintendent tu KAWAN BAIK dia kenapa dia tak contact sendiri untuk masukkan bakal adik ipar dia . takkan KAWAN BAIK tak tahu nombor and pangkat KAWAN BAIK sendiri . = tak kisah apa jawapan dia aku rasa macam sia sia je aku tolong dia .

- walaupun superintendent tu kawan baik dia . tapi boyfriend aku yang paskan resume adik ipar dia tu kat superintendent tu . tak pandai berterima kasih ke ?

- mungkin aku cemburu sebab superintendent tu cakap macam tu . sebab aku kena reject . tapi bukan superintendent tu yang tukang interview . manager yang akan interview .

lepas fikir fikir balik . aku cuma nak si am ni datang dekat aku dengan perlahan . buat muka serious and cakap ' terima kasih ' walaupun yang akan angkat bakal adik ipar dia tu orang lain . tapi aku la orang punca resume adik dia masuk dalam company tu . adakah permintaan aku ni melampau . nak kredit atas usaha yang sikit ?

aku cuba berfikiran positif untuk tidak menyimpan rasa sakit hati yang mendalam . tapi macamanapun otak aku ni gagal menghalang hati aku ni untuk rasa sakit .

aku rasa ending aku kali ni tak cukup bagus sebab aku tak dapat nak rumuskan apa apa . mungkin lebih kepada meluahkan rasa kat blog aku sendiri daripada menyatakan rasa sakit hati aku dengan bermuka masam sepanjang hari .

macamana pun aku nak menyeru kepada semua supaya berterima kasih kepada semua yang membantu kita walaupun dengan pertolongan yang kecil . sebab bantuan yang kecil boleh membawa kepada pulangan yang besar .

thanks for reading .

0 comments:


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...